Sarapan Cempedak Goreng Rangup Dan Manis

Sarapan Cempedak Goreng Rangup Dan Manis. Dah lama tak makan cempedak goreng. Susah dah nak jumpa cempedak sekarang ni kan.. dah kena ikut musim. Tapi kat kampung mertua, cempedak macam berbuah sepanjang tahun pulak. Asyik berbuah je.. hehe, ke saya tak perasan entahkan bila saya balik tu tengah musim cempedak. Haha..


Pokok cempedak rumah mak mertua ada banyak. Ditanam di lereng parit kat belakang rumah. Kawasan tanah rumah mertua bertanah gambut ya. So you all tahulah kalau tanah gambut tu, tanah dia tak kuat. Bila pijak tanah asyik nak jerlus ke bawah je kaki ni.. air parit dia pun macam air teh. Nasib baik air paip tak pam dari parit, kalau tidak hitam gelap air tu.. hehe

Sarapan cempedak goreng rangup dan manis
cempedak goreng rangup

Sarapan Cempedak Goreng Rangup Manis


Cempedak ni dari kampung mak mertua. 2 minggu lepas saya tanyakan buah cempedaknya yang bergayutan di pokok. Sampai ke tanah dia punya gayut.. tapi tak ada siapa nak uruskan. So, saya fikir mesti busuk dan dimakan monyet gitu je. Saya pun tak pandai nak membungkus cempedak. En suami pula tengah tak sihat masa tu..

Tetiba, hari Ahad lepas MIL call suruh ambil cempedak. Rupanya abang ipar saya pergi petik semua buah cempedak yang dah tua dan peram dalam periuk besar. Keesokan harinya bau semerbak satu kawasan rumah tanda cempedak dah masak. Haha.. senang gitu!


Dapatlah rezeki berbagi adik beradik dan mak mertua bekalkan 6 biji buat saya. Maka kat rumah tak tau nak buat apa bila 6 biji semua dah masak dan bau satu rumah.

Sarapan cempedak goreng rangup dan manis
Nampak tak, rangup luar dia..
Manis di dalam. Besar-besar saiz
Cempedak dia..


Antaranya saya goreng cempedak buat sarapan. Si kecil tak makan, dia kata tak boleh telan sebab tercekik kat tekak. Haha..

Buah cempedak yang selebihnya saya bagi je kat kekawan opis. Alhamdulillah..

Selamat bersarapan bersama family anda.. 

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.