Akhirnya Dapat Rasa Tart Gulung Dan Kek Kayangan Cikgu Azlina Ina

Akhirnya Dapat Rasa Tart Gulung Dan Kek Kayangan Cikgu Azlina Ina. Alhamdulillah. Rezeki cikgu Azlina Ina melimpah ruah. Dari hasilkan kek dan tart yang sedap telah menggembirakan ramai orang oleh rasanya yang amat sedap. Bila tengok ratusan ribu feedback dari peminatnya, telah membuka pintu hati saya dan kita semua untuk merasai setiap hasil tangannya. Setiap hari tengok resepi-resepi kek, cookies, di FB nya.. membuatkan kita rasa happy. Itu pun dah terapi kepada saya dan ramai orang di luar sana. Lagi satu, sikap humble dan pemurah Cikgu Azlina Ina telah menawan hati kita semua untuk sentiasa menyokongnya. Orang baik ramai sayang.. betul tak?

Oh ya, dari mana saya dapat beli kek kayangan, cheese leleh dan tart gulung nenas tu? Sedangkan saya jauh nun di negeri selatan. Hmm.. tak susah uolss.. ramai je yang sudi jadi agen kek sedap Cikgu Ina. Saya dapat maklumat agen di JB ni pun dari ruangan komen FB Azlina Ina Fans. 

Tart Gulung Nenas, Kek Kayangan Dan Cheese Leleh Cikgu Azlina Ina


Beli Tart Gulung, Kek Kayangan Dan Cheese Leleh Cikgu Azlina Ina


Alhamdilillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah..

Akhirnya dapat dah rasa tart gulung nenas, kek kayangan dan kek cheese leleh cikgu Azlina Ina. 

Tart Gulung Nenas, Kek Kayangan Dan Cheese Leleh Cikgu Azlina Ina

Yeayy! Dapat dah tart gulung nenas gebu gemok dari Cikgu Azlina Ina. Memang besar-besar saiz dia. Makan 2 ketul dah kenyang. Warna dia kuning cantik, bau jem nenas dia pun harum je. Memang lain rasa dia daripada tart yang biasa kita beli dari peniaga jenama lain. 

Tart Gulung Nenas, Kek Kayangan Dan Cheese Leleh Cikgu Azlina Ina

Gambar atas adalah kek cheese leleh perisa Tiramisu dengan chocolate lava. Halus sangat tekstur dia. Macam makan ais krim. Sedap dan rasa pahit dia kena dengan tekak. Tidak menyakitkan deria rasa kita.. 😍😍

Tart Gulung Nenas, Kek Kayangan Dan Cheese Leleh Cikgu Azlina Ina

Manakala, gambar di atas pula adalah kek kayangan. Perisa Herseys dan paddle pop! Sebagaimana feedback orang lain sebelum ini, begitu juga saya.. sedap sangat rasa kedua-dua kek ini. Mungkin orang kata senang nak buat, tetapi bagi saya pula senang beli je. Mungkin ada bahan mencukupi boleh je buat tapi saya memang fail buat kek terutama kek moden macam ni. Okay.. siapa ada bakat boleh buat sayang-sayang semua..

Tart Gulung Nenas, Kek Kayangan Dan Cheese Leleh Cikgu Azlina Ina

Inilah kek kayangan paddle pop tu, zoom sikit.. warna dah lah menarik, rasa sesedap rupa. Alhamdulillah..

Ada rezeki kita beli lagi lain kali. Terima kasih kepada agen di JB dengan servis yang bagus, pantas dan ramah mesra. Nama dia Sufi Yana. Memang terbaik lah!

Semoga dipermudahkan urusan kita semua, okay 👌😅


Catat Ulasan

0 Ulasan

close