Resepi Nasi Ayam Mandy, Acar Dan Sambal

Resepi Nasi Ayam Mandy. Resepi simple untuk lunch atau makan malam. Sedap sangat dan senang pulak nak buat. Nasi dia tu makan macam tu je pun sedap. Nak masak guna rice cooker atau preassure cooker pun boleh. Memasak memang memudahkan anda jika ada gajet memasak yang sesuai. Paling tidak, ada smart cooker.. 
 
Okaylah.. Resepi nasi ayam mandy ni siap dengan set ayam, acar, nasi dan sambalnya sekali. Jadi korang kena perhatikan setiap resepi di bawah nanti langkah demi langkah. Insya Allah.. jika ikut arahan yang diberikan, resepi anda pasti boleh jadi dengan jayanya. ๐Ÿ˜๐Ÿ˜๐Ÿ˜
 

Resepi Nasi Ayam Mandy, Acar Dan Sambal


Resepi Nasi Ayam Mandy, Acar Dan Sambal

#gambar hiasan dari Google - nampak gambar pun dah boleh bayangkan betapa sedapnya nasi ayam mandy, kan..

Resepi Nasi Ayam Mandy, Acar Dan Sambal

Resepi Nasi Ayam Mandy, Acar Dan Sambal 

Bahan-bahan:

Rebus ayam 1/2 ekor - 30 minit bersama 
*1 kiub pati ayam
1/2 sudu jintan manis
1/2 sudu ketumbar
1/2 sudu lada hitam biji
*1 bawang besar potong 4, 
1 cili hijau / merah potong 2
1 biji tomato potong 4
Sesudu garam

NASI

Beras brasmathi 3 cawan rendam 30 minit

 *Tumis planta sesudu besar, daun kari (optional), 
1/2 sudu jintan manis, 
1/2 sudu ketumbar biji, 
1 kulit kayu manis,  

Masukkan beras yg direndam, gaul 1 minit, transfer masuk dalam periuk nasi.. 

*Letak sup ayam ikut paras masak nasi yg sesuai, letak tulang-tulang ayam (kaki dan leher), masuk sekali bahan2 dlm sup tu, tomato, bawang, lada dan lain2.. tabur daun sup/ketumbar, masak mcm biasa nasi. 

Baki sup tu nanti jadikan sup utk mkn dengan nasi.. 

*Bila nasi dah masak, buka penutup titis pewarna merah dan kuning sikit, gembur guna garfu.. 

ACAR 

*Potong dadu 4 biji tomato, timun, hiris halus kobis dan carrot.. 
*Perah lemon, garam dan gula.. 

SAMBAL 

*Blend 2 biji tomato saiz sederhana, 2 biji cili besar, 10 biji cili padi, garam gula, dan perahan air asam jawa/ lemon.. 

*Hiris halus bawang besar dan tomato, gaul dgn bhn blend.. 

AYAM 

Keluarkan ayam dalam sup tadi, lumur kunyit, kicap manis (perap kejap), lepas tu boleh bakar sekejap bg ada garing tu.. 

SIAP!! ❤️  korang boleh la try.. comfirm mnjadi๐Ÿ‘ 

*Kredit kpd Pemilik Resepi ini Semoga Allah mempermudahkan segala urusan 

Semoga sesiapa mencuba resepi ini dapat menghasilkan makanan yang sedap untuk keluarga tersayang. Masaklah dengan ikhlas dan penuh rasa kasih dan sayang ๐Ÿ˜๐Ÿ˜

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.