Resepi Kek Butter Cup Cikgu Azlina Ina

Resepi Kek Butter Cup Cikgu Azlina Ina. Resepi kedua dari Cikgu Azlina Ina yang saya kongsikan. Oleh kerana resepi ini ramai yang suka dan selalu buat time raya, maka saya kongsikan buat rujukan semua. Jangan risau, Cikgu Ina dah halalkan ilmu buat kek keju ni untuk kita semua. Dalam masa sama, jangan lupa doakan Cikgu Azlina Ina terus sihat, kaya dan berjaya dunia akhirat. Aamiin...


Nota:
Saya salin resepi dari FB Cikgu Azlina Ina untuk rujukan dan panduan semua. Lebih mudah faham... ok ๐Ÿ‘Œ๐Ÿ‘Œ 

10 Resepi Kek Cikgu Azlina Ina Paling Sedap

Gambar kek dari FB Cikgu Azlina Ina, nampak amat sedap kek butter cup ni.. memang legend.


2. RESEPI KEK BUTTER CUP



1 1/2 ketul butter (250+125)
3/4 cawan gula kastor(nama pn kek org tua2 jgn ko tibai satu baldi icu terus๐Ÿ˜‚)
5 biji telur A
1 sudu kfc esen vanila ( sebab tu mak beli kfc, mesti cakap sudu lebih satu๐Ÿคฃ
1/2 cawan susu pekat(ikut la xnak letak pn xpe)
2 1/2 cawan tepung gandum(220+60g)
1 sudu (kecil) baking powder
3 sudu besar susu tepung( kot ko nak letak xnak pn xpe xde kene penjara๐Ÿ˜‚

Cara-cara:-

1. Gula+butter+esen vanila putar dengan kelajuan tinggi selama 15 minit sampai gebu. Masukkan telur sebiji2, akhir sekali putar bagi sebati. Kemudian masukkan susu pekat dan susu tepung dan putar sebati jer. Masukkan tepung sedikit2 sambil perlahankan mixer

2. Speedkan, laju balik dan putar selama 3-4 minit.

3. Panaskan oven dan bakar pada suhu 170 C selama 15 minit pertama. Turunkan suhu pada150 C selama 45 minit. Bila masak terbalikkan atas redai kek dan buang baking paper, kemudian terbalikkan semula serta merta pada kedudukan asal...

Nota Cikgu Ina;

mak jamin kalau ko nak kawin takut nak cakap ko bg makan kek ni maka mak ko mesti lembut ati selembut kek ni agitu๐Ÿ˜œ๐Ÿ˜œ๐Ÿ˜œ๐Ÿ˜œ

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.