Resepi Kek Indulgence Cikgu Azlina Ina

Advertisement

Random Picks:

Resepi Kek Indulgence Cikgu Azlina Ina. Haii.. bertemu semula dengan sambungan kek-kek paling sedap Cikgu Azlina Ina. Baik Cikgu Ina, share resepi tak lokek, lagi dia halalkan sesiapa yang nak tiru resepi dia nak buat niaga. Dia tak kisah langsung. Hanya yang dipohon, doa-doa kita semua untuk Cikgu Ina dan ahli keluarganya. Maka, marilah kita sama-sama doakan Cikgu Azlina dengan doa yang baik-baik. Baiklah. Tak sabar ke nak buat kek indulgence Cokgu Ina ni? Sabarlah.. kalau dah share resepinya nanti mesti lah buat sampai jadi ya. Semoga korang juga berjaya macam Cikgu Azlina Ina juga.


Nota: Saya salin resepi dari FB Cikgu Azlina Ina untuk rujukan dan panduan semua. Lebih mudah faham... ok ๐Ÿ‘Œ๐Ÿ‘Œ 


Resepi Kek Indulgence Sebesen Cikgu Azlina Ina

Gambar semua diambil dari FB Cikgu Azlina Ina. Semoga resepi Kek Indulgence yang dikongsikan dapat meningkatkan taraf hidup masing-masing dengan berniaga dan sebagainya. Sebab, Cikgu Ina dah halalkan segala resepinya untuk korang gunakan pada jalan yang betul.


3. RESEPI : Kek Indulgence sebesen


Bahan-bahan 

3 bijik telur 
1cawan gule halus(200-220g) 
1sb ovalate 
sedikit emolco coklat 

#mix semua smpai gebu 

# sementara tu ayak,

1 cawan tepung gandum(110g) 
1sk baking powder, 
1/2 sk soda bikarbonat 
sedikit garam halus 
1/2 cawan serbuk koko 

ok bahan yg di mix td dah kembang kan..

# so masukkan, 

1/2 cawan susu pekat (125g)xnak manis kurg kan sket,dan 
1/2 cawan minyak masak(100g) 

Ok, slow kan mixer dan masuk kan tepung dan 1/2 cawan air panas (100g) beselang dan last kacau sebati 


kukus 30 minit 


so ade masa sementara tunggu kek sejuk kite buat cream die dulu ya...

# Tapi boleh buat awal ganace die ni,

250g coklat blok beryls dark compound nak plus milk dan dark pn boleh 
250g kotak whipping dairy jenama xkisah 
2sb butter 

# Masukkan dalam pengukus atau oven

Dah lembut coklat, ambik whisk kacau je. Rehat kan die sekurg2 nye smpai die jd agak pekat sikit bile biar di suhu bilik 

2 nsb gelatin halal plus 1/4 cawan air panas tuk campuran cream die kat bawah.Satukan dan kacau bia larut. ketepikan 

# cream dia,

500g cream cheese 1/2 cawan susu pekat kalau xsuke manis kurg kan lg susu pekat dan campuran gelatin td 

# cara mix smpai sebati baru masukkn 1/2 kotak whiping cream non dairy mak gune vivo sejuk2 suke ade ais2 sikit cepat gebu..

Kacau smpai die fluffy gebu pekat.. cair sket tak apa. 

dan, separuh lg masuk dalam ganace dan kacau sebati .. 

# So bahagi dua, satu bahagian letak 3sb ganace coklat dan 3 sb nutella serta emolco coklat tuk warne cream coklat dan kacau kan sebati 

Bawah bekas isi kek dulu kemudian tuang cream coklat, kemudian lapik kek lg baru cream putih. 

# Sejuk kan dulu dan tuang ganace. Boleh tabur kan deco ball, rice coklat atas die 

Pesan Cikgu Ina,

Kek mcm ni nampk je susah tp bile dah buat senang nye la. manaa yg xde rezeki lebih tuk beli korg buat. mana yg nak buat untuk niaga pn silekan mak halal dunia akhirat ya

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.