Ikan Merah Kukus Kicap Dengan Halia

Ikan Kukus Kicap Dengan Halia. Biasa hidangan kukus ni kita makan waktu pantang. Atau pun ikan bakar. Memang membuka selera betul, dicampur pulak dengan hirisan halia. Wow!! Sedap kan uolss.. makan dengan nasi panas. Itu kisah masa pantang dulu. Kini tak pantang pun kita boleh makan steam fish. Siakap steam lemon. Sedap dan all time faveret ni. Kalau dalam seminggu, mesti pekena ikan siakap atau ikan merah steam lemon. Kuah dia memang kaw, terutama bila you all makan di Thai seafood restoran.

Namun kali ni, perkongsian resepi adalah ringkas je iaitu ikan merah kukus dengan halia dan kicap. Ala chinese la kiranya.. nak resepi ada kat bawah..

Ikan Merah Kukus Dengan Kicap Dan Halia
Gambar sekadar hiasan. Selamat mencuba!


Ikan Kukus Kicap Dengan Halia


Bahan-bahan;

1 ekor ikan merah
3 sudu besar steam fish sauce
1 sudu besar kicap cair
1 sudu besar air suam
2 batang daun bawang (ambil putih sahaja)
Segenggam daun ketumbar
2 batang akar ketumbar
Sedikit hirisan halia
2-3 sudu besar minyak kacang tanah

Cara Penyediaan;


1. Sediakan bahan-bahan. Ikan dipotong butterfly atau ikut suka. Dalam satu mangkuk, satukan akar ketumbar, steam fish sauce, kicap cair dan air suam. Gaul sebati dan ketepikan.

2. Kukus ikan bersama sedikit hirisan halia selama 5 minit, air ikan akan keluar. Tuangkan air ikan ke dalam campuran sauce & kicap tadi. Gaul sebati kemudian tuangkan ke dalam pinggan yang berisi ikan. Sambung mengukus selama 15 minit atau sehingga ikan masak

3. Sementara menunggu ikan dikukus, panaskan minyak kacang tanah. Gorengkan halia sehingga keperangan. Angkat dan tos.

4. Bila ikan dah masak, taburkan daun bawang yang telah dihiris halus. Panaskan kembali minyak yang sudah digunakan untuk menggoreng halia. Bila minyak sudah betul-betul panas, curahkan diatas ikan dan daun bawang. Tabur daun ketumbar & halia yang sudah digoreng tadi. Sedia dihidang!!

Selamat mencuba. Sedap ikan merah kukus kicap dan halia ni, dahlah segar, menyihatkan pulak tu. Semua orang boleh makan. Sampai jumpa lagi di lain resepi.

Catat Ulasan

0 Ulasan

close