Dalam kongi resepi kali ini, saya akan turunkan ilmu masak ayam halia khas untuk wanita dalam pantang. Resepinya mudah sangat, ringkas dan semua seisi rumah pun boleh makan sama. Hehe..
Resepi Ayam Masak Halia
Biasa, orang dalam pantang ni lebihkan halia dan tanpa santan. Lebih baik yang rebus-rebus je..

Bahan-bahan:
Setengah kg ayam
5 ulas bawang putih (diketuk)
3 biji bawang besar (dipotong)
2 inci halia (dihiris halus)
500ml air
Sedikit minyak masak untuk menumis
Sedikit garam
Sedikit serbuk lada hitam
Cara Penyediaan:
1.Bersihkan ayam.
2.Potong ayam kepada beberapa bahagian.
3.Masukkan sedikit minyak masak.
4.Tumis bawang putih,bawang besar dan halia sehingga naik bau.
5.Masukkan sos tiram.
6.Masukkan air dan ayam.Masak sehingga mendidih.
7.Perlahankan api dan masukkan serbuk lada hitam,garam secukup rasa.
8.Masakkan sehingga kuah memekat.
Setengah kg ayam
5 ulas bawang putih (diketuk)
3 biji bawang besar (dipotong)
2 inci halia (dihiris halus)
500ml air
Sedikit minyak masak untuk menumis
Sedikit garam
Sedikit serbuk lada hitam
Cara Penyediaan:
1.Bersihkan ayam.
2.Potong ayam kepada beberapa bahagian.
3.Masukkan sedikit minyak masak.
4.Tumis bawang putih,bawang besar dan halia sehingga naik bau.
5.Masukkan sos tiram.
6.Masukkan air dan ayam.Masak sehingga mendidih.
7.Perlahankan api dan masukkan serbuk lada hitam,garam secukup rasa.
8.Masakkan sehingga kuah memekat.
Siap untuk dihidangkan. Kepada wanita dalam pantang, makan kena ikut masa. Tak boleh sebarangan waktu. Dengan cara ini ia mempercepatkan proses pemulihan kesihatan sebagaimana pengalaman saya sendiri. Kerana saya merasai pengalaman anak bersalin normal dan juga pembedahan. So, memang ada perbezaan sedikit tentang kawalan makanan dan minuman yang diambil.
Semoga bermanfaat. Nanti kita jumpa lagi di lain resepi berkaitan wanita dalam pantang. Okay ✌✌✌
0 Comments