Kuih Keria Keledek Sedap Dan Lembut

Kuih Keria Keledek Sedap Dan Lembut. Kuih keria dengan ubi kayu pun boleh, dengan keledek pun boleh. Ubi kayu susah nak dapat sekarang ni, kalau keledek oren senang je dan banyak dijual di kawasan saya tinggal. Kalau beli pilih je mana yang nampak elok dan rebus.

Kuih keria senang nak buat, tapi yang susahnya bagi saya adalah nak buat sira gula dia tu.. kena belajar banyak kali baru dapat hasil yang cantik. Nanti saya share dengan uolss cara nak buat gula sira kuih keria tu ya. Kalau silap buat, jadi keras pulak.. 

Kuih Keria Keledek Sedap Dan Lembut


Perkongsian kali ini adalah kuoh keria dengan keledek oren yang pasti lembut dan sedap. Untuk makan petang atau pun sarapan. 

Kuih Keria Keledek Sedap Dan Lembut

Kuih Keria Keledek Sedap Dan Lembut


Bahan-bahan;

250 gm keledek oren, kalau tak ada, keledek putih pun boleh
1 sudu besar tepung ubi
80 gm tepung gandum
1/2 sudu teh garam

Cara Penyediaan:


1. Rebus keledek keledek hingga empuk dan lenyek ketika masih panas. 

Nota; Jika guna keledek oren, lebihkan tepung. Sebab, keledek oren lebih lembut.

2. Masukkan garam, tepung ubi dan tepung gandum, uli hingga bergaul sempurna dan tidak lekat di tangan

3. Timbang doh seberat 40 gm setiap satu, kemudian bulatkan dan leperkan. Bentukkan lubang bulat di tengah

4. Setelah siap, goreng terendam dalam minyak yang sederhana panasnya hingga kuning keemasam

5. Angkat dan toskan minyaknya. Biarkan sejuk seketika

Cara buat gula sira kuih keria


Bahan Untuk Menyalut Keria:

80 gm gula pasir
3 sudu besar air

1. Sediakan kuali. Masukkan gula dan air dalam kuali dan masak hingga gula pekat

2. Masukkan keria, gaul rata sehingga adunan gula tadi jadi bertali.

3. Segera tutupkan api. Terus mengacau hingga gula kering dan menyaluti keseluruhan bahagian kuih

Di hidangkan segera, makan ketika panas memang yummy!!

Selamat mencuba. Resepi kuih keria keledek oren ni memang sedap, hinggakan nak makan banyak walau perut dah kenyang. Kalau makan dengan anak sulung, siap berebut lagi. Kalau yang bongsu tak berapa suka pulak dia, sebab faveret dia tentulah donat gebu gebas. 

Catat Ulasan

0 Ulasan

close