Resepi Chicken Strip Yang Amat Mudah

Resepi Chicken Strip Yang Amat Mudah. Resepi berasaskan ayam yang amat sedap tapi mudah nak buatnya. Mulanya anak bujang yang bagi idea, kemudian bila dia dah sambung balik belajar di luar sana, kitalah mak bapak yang sambung kegemaran tersebut. Faveret kami sekeluarga ni. Hanya guna beberapa bahan je, lepas tu dah boleh siap. Hehe..


Resepi Chicken Strips

Chicken strip ada pelbagai bentuk, ikut suka anda nak hiris macam mana. Kalau saya, suka hiris panjang dan nipis. Guna bahagian isi ayam terutama dada. Jika pada bahagian lain yang bnyak tulang, chicken strip dah tak sedap.

#Advertisment

Resepi Chicken Strip Yang Amat Mudah


Chicken strip sedap, rangup dan mudah. Semua boleh cuba dan kena rajin sikit. Kalau ada penyakit malas, nak masak air pun tak larat. 

Bahan-bahan:

3 keping dada ayam - hiris nipis dalam ukuran 1 inci lebar
1 cawan tepung goreng ayam serba guna Bestari
Sedikit garam
1 biji telur
1 cawan serbuk roti
Minyak untuk menggoreng

Cara Penyediaan:

1. Bancuh tepung serbaguna, garam dan telur dalam satu mangkuk. Kacau sehingga jadi cair. Masukkan ayam dan gaul rata. Perap dalam 2 jam. (Lagi lama lagi bagus, bahan serap dalam isi ayam, rasa lebih sedap.)

2. Ambil satu demi satu chicken strip dan gaul pada serbuk roti. 

3. Goreng dalam minyak yang penuh. Api sederhana.

4. Bila ayam dah kekuningan, angkat dan toskan sekejap.

5. Sedia untuk dimakan, dengan nasi atau sebagai kudapan makan dengan sos.

Resepi Chicken Strip Yang Amat Mudah

Resepi Chicken Strip Yang Amat Mudah

Selamat mencuba chicken strip yang mudah dan ringkas je bahan-bahan dia. Tapi yang buat mahal adalah harga isi ayam tu.. kami beli 3 ketul bahagian dada ayam, harganya dekat RM12. Tapi bila dah siap, rasa chicken strip tu sedap dan yummy!!

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.