Dinner Tomyam Seafood Ala Thai

Dinner Tomyam Seafood Sedap Dan Segar. Alhamdulillah. Kenyang perut senang hati. Dapat makan sedap dan harga berpatutan. Portion makanan pun banyak. Makan bertiga, kena makan perlahan-lahan. Sebab, cepat kenyang dan tak nak membazir. Lama-lama habis jugak.

Dinner Tomyam Seafood Ala Thai

Apa pendapat anda bila lihat tomyam seafood ni? Adakah sama macam saya? Nampak segar, warna dia pun menarik dan ada potongan tomato dan daun ketumbar tu kan? Memang sedap sangat! 


Dinner Tomyam Seafood Ala Thai


Happy dinner uolss.. makan apa malam ni?

Kami makan di luar bertiga je, si abang berada nun jauh di seberang lautan. Nanti bila dia balik cuti semester, kita gathering lagi... 

Dinner Tomyam Seafood Ala Thai

Amat menyegarkan. Itu yang boleh dikata. Tomyam seafood menu utama kami dinner malam ni. Antara seafood dalam tomyam tersebut adalah sotong, udang, kupang. Pes tomyam dia memang sedap, rasa macam asli dari Thailand. Tukang masak pun dari Thai. Patutlah rasa memang padu! Lain kali boleh repeat makan kat situ.



Lain-lain menu kami adalah sotong goreng tepung. Mintak untuk 2 orang makan, dia bagi 2 pinggan. Haha.. amik kau! Banyak jugak portion dia. Sotong goreng tepungnya rangup. Tepungnya pun dibancuh rata dengan rasa yang sesuai. 

Dinner Tomyam Seafood Ala Thai

Last sekali .. jeng.. jeng.. menu faveret bujang kecil kami. Siakap 3 rasa. Dah lah saiz dia besar. Makan 4 hingga 5 orang pun boleh. Kenalah makan pelan-pelan. Crispy dan lembut isinya. Bau hanyir ikan pun tak ada. Hiasan daun ketumbar lagi menaikkan aroma siakap 3 rasa tersebut. Yummy!!

Itulah kisah makan santai kami sekeluarga. Makan malam dengan tomyam seafood yang menyegarkan. 

Catat Ulasan

0 Ulasan

close