Ikan Unga Masak Kari Tak Cukup Bahan Tetap Sedap!

Advertisement

Random Picks:
Ikan Unga Masak Kari Sedapnya! Sejak kat rumah ada banyak stok ikan unga dan ikan kambing, maka berikan-ikan lah kita menu sehari-hari. So kita pelbagaikan menu tu dari kari, asam pedas, goreng berlada dan macam-macam lagi. Nanti saya akan kongsi resepi unga masak kari, okay!

Ikan Unga Masak Kari Sedapnya!

Kari kepala ikan unga. Walau masak simple dengan beberapa bahan tak ada, masak dengan basic resepi, tetap sedap dan menjilat jari orang yang memakakannya.. hehe

Ikan Unga Masak Kari Tak Cukup Bahan Tetap Sedap!


Ikan Unga Masak Kari Sedapnya!


Nak masak kari ikan, tak boleh pakai rempah kari daging ya. Nanti rasa dia pelik-pelik, silap haribulan tak dimakan lauk tu. Tapi, jika anda masukkan rempqh kari ikan dan campur sedikit rempah kari daging, tak mengapa... itu semua pengalaman saya masak dulu.. 

Bahan-bahan;

1 ekor ikan unga - potong beberapa bahagian
5 sudu makan rempah kari ikan - kalau nak pekat boleh tambah - kisar
1 biji bawang besar - kisar
2 ulas bawang putih - kisar
2 inci halia - kisar
5 tangkai cili kering - kisar
1 tangkai daun kari
1 batang kayu manis
1 keping asam keping
1 sudu makan serbuk kunyit - kisar
1 kotak santan Kara - dibancuh dengan air
Garam dan gula secukupnya
Hiasan - kacang bendi & tomato - jika ada

Cara Penyediaan:


1. Semua bahan kisar ditumis sampai kering atau garing. Sampai naik bau. Masukkan dengan batang kayu manis sekali.

2. Masukkan sedikit air. Kacau sebentar. Masukkan asam keping

3. Masukkan ikan unga dan kacau rata. Biarkan ikan masak. Kecilkan api.

4. Masukkan pula santan tadi dan kacau sebentar. Biarkan sampai mendidih.

5. Masukkan daun kari, kacang bendi dan tomato, jika ada.

6. Perisakan dengan garam dan gula. Kalau suka serbuk perisa, boleh masukkan sekali.

7. Matikan api bila ikan telah betul masak. Ikan unga ni isi dia tebal sikit, so kena pastikan ikan telah masak baru dihidangkan.

Selamat mencuba.

Ikan Unga Masak Kari Tak Cukup Bahan Tetap Sedap!

Lauk ini sedap bila dimasak waktu sahur atau berbuka. Memang bertambah makannya walau bahan-bahan tak berapa lengkap. Yang buat sedap tentulah ada daun kari tu.. memang naik la rasa ikan unga masak kari.

Semoga bermanfaat.

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.