10 Resepi Biskut Raya Popular 2021

10 Resepi Biskut Raya Popular 2021. Biskut raya untuk tahun ini kita pakat beli je, sebab tak ada mood nak buat sendiri. Raya tahun ini pun agak hambar kerana salah seorang ahli keluarga tiada bersama untuk menyambutnya. Namun, kami mendoakan dari kejauhan, buat yang tersayang agar selalu dalam pelukan kasih sayang Allah dan sentiasa dalam jagaannya.

Sebagai rujukan dan memudahkan anda semua nak buat atau pilih-piluh kuih raya, saya kongsikan 10 resepi kuih raya yang popular dan sedap tahun 2021. Pilihan saya adalah subjektif. Ada yang saya suka tetapi korang tak suka. Its okay.. mana yang suka kita boleh ikut. Hehe..



10 Resepi Biskut Raya Popular 2021


Yang mana satu pilihan dan faveret anda? Dalam banyak-banyak biskut raya yang tersenarai, saya lebih suka tart gulung nenas dan kuih gunting. Haha..

Jom kita tengok senarai biskut raya popular tahun 2021 dan resepinya sekali. 

1. Tart Gulung Nenas Sedap Dan Gebu



Tart gulung nenas yang tak pernah jemu dimakan. Macam ketagih bila dapat tart gulung yang sedap, gebu dan lembut walau dah lama dihasilkan. Memang respect la dengan orang yang sabar menggulung tart yang comel-conlmel tu.


2. Biskut Chips Mudah Pasti Sedap 


 

3. Biskut Pandan Kelapa Idaman Hati


Resepi 》》》》 Biskut Kelapa Pandan 


4. Biskut Makmur Susu Cair Dimulut

Resepi 》》》》》 Biskut Makmur Susu 


5. Resepi Kuih Gunting Sedap Dan Rangup

Resepi  》》》》 Kuih Gunting Rangup


6. Biskut Semperit Klasik Pasti Jadi 

Resepi  》》》》 Resepi Biskut Semperit


7. Biskut Candy Kelapa Faveret Anak-Anak 

Resepi 》》》》 Resepi Biskut Candy Kelapa


8. Kuih Tiram Rangup Sedap 

Resepi  》》》》 Resepi Kuih Tiram Rangup 


9. Onde-Onde Cookies Sedap Sangat




Bahan-bahan:

200g tepung biskut/ tepung rendah protein
115g mentega
125g gula aising
1 biji telur sederhana
1 sudu kecil perisa Pandan
1/2 sudu kecil garam
30g kelapa kering

Topping:

gula Melaka
Kelapa parut kering


Cara menyediakannya:


1. Campur mentega dan gula aising sehingga sebati.
2. Masukkan telur, perisa pandan dan garam, gaul sebati.
3. Ayakkan tepung dan gaul sebati.
4. Sebatikan kepala kering ke dalam adunan.
5. Ratakan adunan di atas kertas minyak dan rehatkan di dalam peti dingin selama 1 jam.
6. Sagat gula melaka.
7. Ratakan adunan dengan penggelek dan tekap mengikut bentuk kesukaan.
8. Taburkan sedikit gula melaka ke atas doh biskut.
9. Bakar di dalam oven yang sudah di panaskan dahulu 160C selama 12-13 minit.
10. Taburkan kelapa kering ke atas gula melaka ketika biskut masih panas.
11. Sejukkan di atas redai dan simpan di dalam bekas kedap udara.

10. Biskut Bangkit Santan Tradisional 



Senarai 10 resepi biskut raya popular dan sedap 2021, yang sentiasa dicari walau ada banyak biskut raya moden yang terdapat di luar sana. Dalam banyak-banyak biskut raya moden, kita pasti nak cari yang dulu-dulu jugak, sebab menggamit memori. Betul tak??

Selamat mencuba!

Catat Ulasan

0 Ulasan

close