Kisahresepi.Com Sarapan Karipap Dengan Kek Coklat Kukus

Advertisement

Random Picks:
Kisahresepi.Com Sarapan Karipap Dengan Kek Coklat Kukus? Pagi-pagi lagi dah kena fikir nak breakfast apa hari ni. Nak pergi pasar macam tak ada mood, pagi ni hujan pulak. Nak tidur semula mata dah segar. Mari kita ke dapur tengok apa yang boleh dimakan untuk isi perut.

Kayoomanis.Com Sarapan Apa Hari Ini?

Secawan kopi yang menyegarkan pagi anda

Yang buat pening kepala ibu-ibu adalah nak sarapan apa hari ini? Susah pulak nak fikir. Nak makan roti canai, nasi lemak, lontong, kuih muih tradisional dan banyak lagi.. pening betul..

Malam tadi kami ada buat kek coklat kukus, boleh juga buat sarapan pagi ni, kan? Lepas tu buat kopi 'O' yang kaw-kaw punya.. haha

Kisahresepi.Com Sarapan Apa Hari Ini?


Di kisahresepi.com ada banyak resepi sarapan pagi. Anda boleh je tengok kat label di sidebar blog. Ada macam-macam resepi.

Inilah sarapan kami pagi ini. Karipap dan kek coklat kukus dengan kopi kaw.


Makan sarapan sambil tengok cerita korea.. santai je di pagi hari..

Kayoomanis.Com Sarapan Apa Hari Ini?

Sementara tu, lipat kain baju yang menimbun. Inilah aktiviti malas pagi hari bila bercuti, bila semua benda kena buat serentak.

Dah sarapan kek coklat kukus dengan karipap, kita kena prepare menu masak tengahari pulak. Fikir pasal masak mesti stress. Tak tahu menu terbaik untuk family tersayang. Takkan hari-hari pun nak makan kat luar. Ya tak?

Walau apa pun, itulah tugas dan kasih sayang wanita kepada keluarganya. Sentiasa bersedia di dapur walau banyak halangan dan cabaran.. cewahhh!

Selamat memasak ya..

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.