Sarapan Simple Karipap Segera Dan Teh Tarik

Advertisement

Random Picks:
Sarapan Simple Karipap Segera Dan Teh Tarik. Kadang-Kadang ada ketika kita tak ada idea nak buat menu apa untuk sarapan pagi. Nak masak nasi lemak, dah selalu. Buat roti telur pun dah biasa. Goreng donat pun macam tu, memang ada dalam menu breakfast setiap minggu. Maka, pagi ini sebab tak ada idea, kita goreng je la karipap segera yang kami beli di supermarket hari tu. Senang.. ada stok frozen food.. amat berguna ketika emergency. Hehe..


Our faveret epok-epok sejak dari dulu lagi. Kalau yang separuh bulatan tu baru dipanggil karipap. Hehe.. ada beza tau. 



Sarapan Simple Karipap Segera Dan Teh Tarik


Jom kita sarapan.. geng kisahresepi.com masak sarapan apa hari ni? Ada yang special? Ke masih terkenang menu raya pertama hari tu? Ada lodeh, ayam masak merah dan rendang daging? Kalau teringin, boleh je masak lagi.. kan?

Sarapan kami hari ini hanya karipap segera dengan teh tarik. Cukuplah sebagai alas perut, si bongsu kejap lagi nak masuk kelas PDPR dia.. maka kena persiapkan breakfast dia segera.

Sarapan Simple Karipap Segera Dan Teh Tarik

Kalau lihat dari gambar, karipap bentuk bulat ni memang faveret saya. Orang Johor panggil epok-epok. Nak resepi buat epok-epok kulit rangup dan sedap?? Boleh klik pada pautan di bawah ni..


Saya memang la pandai buat epok-epok dan karipap. Cuma kadang-kadang masa tak cukup nak membuatnya, maka kita makan yang segera ya. Kalau pandai pilih jenama frozen food, dapat juga yang sedap dan rangup. Bertul tak?

Okay, selamat menjamu sarapan pagi anda semua.. sediakan hidangan dengan ikhlas ya, semoga semua happy dengan hasilnya walau sekadar masakan simple je...

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.