Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Harapan Untuk Blog KisahResepi Dalam Tahun 2021 

Harapan Untuk Blog KisahResepi Dalam Tahun 2021. Alhamdulillah.. sampai juga akhirnya blog ini kekal dalam industri ni walau banyak cabaran yang terpaksa dilalui untuk mengekalkan blog masakan ni. Diam tak diam blog ini telah menerbitkan lebih 450 entri selama lebih kurang 3 tahun penubuhannya. Untuk info, blog Kisahresepi.Com adalah blog informasi resepi dan petua. So, jangan harap untuk saya tunjukkan skill memasak saya kerana blog ini adalah satu lagi blog masakan alternatif kepada penggemar dan pengumpul resepi macam saya.

Harapan Untuk Blog KisahResepi Dalam Tahun 2021

Ada aneka resepi di dalam blog Kisahresepi.Com yang boleh dijadikan rujukan dan panduan apabila di dapur.

Harapan Untuk Blog Kayoomanis Dalam Tahun 2018

Saya hadir dalam niche blog resepi bukan nak bersaing dengan nama-nama besar blogger masakan seperti Azie Kitchen, Azlita Masam Manis, Citarasawan, En Mat Gebu (Tiffin Biru) dan ramai lagi. Kerana saya berbeza.. saya hanya bawakan blog informasi resepi dan petua di dapur.

Tapi.. ada juga resepi dalam blog ini hasil air tangan saya tetapi jumlahnya adalah sedikit. Kebanyakan resepi saya kongsi dari idea orang lain tetapi saya olah ikut cara saya, terutamanya untuk resepi yang saya dah cuba dan adjust. Hihi...

Harapan Untuk Blog Kisahresepi.Com Dalam Tahun 2021



Setiap kerja yang dilakukan mestilah kita mengharapkan hasil yang terbaik.

Begitu juga dengan blog Kisahresepi. Dalam bulan Januari yang lepas, blog kisahresepi.Com telah mencecah 3 tahun penubuhannya. Saya anggap blog kisahresepi sebagai sebuah syarikat. Dalam syarikat tersebut saya akan jadikan ianya menghasilkan profit kepada saya. So.. saya kena usahakannya hingga menghasilkan income yang boleh saya manfaatkannya dalam jangka masa panjang.

Harapan saya kepada blog kisahresepi pada tahun 2021 adalah:

1. Pageview blog akan mencapai 5K hingga 10K sehari, - alhamdulillah sekarang maintain 8K - 10k sehari.
2. Meningkatkan perolehan iklan dari blog ini walau pun ia adalah blog sekunder saya selain aynorablogs.com.
3. Menghasilkan produk (entri) yang lebih banyak dan lebih berkualiti kepada pengguna (pembaca blog).
4. Secara keseluruhan, sepanjang tahun 2021 (setakat artikel ditulis) saya telah menghasilkan 67 entri. Memang kurang produktif tetapi saya berharap dapatlah berkongsikan 10 resepi setiap bulan, itu pun dah kira bagus! Harap berjaya.

Harapan ringkas kepada blog kisahresepi.Com adalah agar segala yang dituliskan di atas menjadi kenyataan. Ini semua bergantung kepada rezeki. Semoga Allah SWT izinkannya.

Selamat maju jaya kepada pembaca sekalian.. bye!

Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close