Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Lunch Laksa Penang Rasa Segarnya!

Lunch Laksa Penang Rasa Segarnya! Lunch apa korang hari ni? Kita orang lunch simple je iaitu laksa penang. Bukan buat, beli je. Hari ini bermula sambungan lockdown MCO 3.0 hingga tarikh yang akan diberitahu kelak. Jika dalam masa 3 hari berturut-turut contohnya kes positif Covid yang baru berada di bawah ambang 4,000.. maka lockdown akan dibatalkan. Maka, marilah sama-sama kita jaga SOP yang dah biasa sangat kita lakukan dan patuhi arahan kerajaan. Ini semua untuk kebaikan bersama. Insya Allah..

Berbalik dengan laksa penang yang kami makan.. hmm, nasib baiklah sedap segalanya. Cukup masam, lemak, rasa ikannya.. mee laksa dia pun tak lembik.. 
 
Alkisahnya, dapur kami tak berasap hari ni sebab queen dapur tak ada mood! Jalan mudahnya, kita order saja makanan untuk lunch, ok..


Lunch Laksa Penang Rasa Segarnya!



Sesekali je lunch makan menu laksa gini, sebab kebiasaan memang kena makan nasi. Tetapi disebabkan saya tak mood nak ke dapur hari ni, maka kita order je la laksa penang.

Lunch Laksa Penang Rasa Segarnya!

Kalau tengok laksa penang ni ada telur, bunga kantan, hirisan nenas, timun, daun kesum, salad.. dan diperah dengan jus limau di atasnya. Ya Allah.. rasa segar sangat! 

Lunch Laksa Penang Rasa Segarnya!

Dengan hirisan bawang merah, sesekali tergigit cili padi.. dikunyah rasa rangup.. memang sedap laksa penang yang kami order ni.

Sambil kita order dan bantu seller berniaga, kita pun dapat manfaaynya. Iaitu, dapat rasa laksa penang yang betul cukup bahan-bahan dia.

Begitulah ada orang berniaga, kenalah ikhlas dalam mengadun rempah ratus dalam makanan. Semua orang akan happy dan mendoakan anda pula dilimpahkan rezeki berpanjangan.

Semoga para peniaga kita sabar dan tabah menghadapi ujian yang bukan sedikit ini.

Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close