Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Kek Butter Kayangan Mudah Ala Cikgu Azlina Ina

Kek Butter Kayangan ala Cikgu Azlina Ina. Apa nama kayangan tu kat hujung kek butter. Ohhh.. biasalah cikgu Azlina Ina kan suka letak kayangan kat nama kek-kek dia. Haha.. sebab nak bagi kita rasa kepuasan membuat kek guna bahan premium. Cuba buat sekali dua, dapat jadi sebuku kek butter kayangan cukuplah.. asal dapat merasa dengan air tangan sendiri. Hehe..

Yang kayangan bahan-bahannya adalah seperti perisa ribena, butter jenama Lurpark, buah badam dan lain-lain lagi la.. nanti tengok resepinya kat bawah..

Kek Butter Kayangan Mudah Ala Cikgu Azlina Ina


Kek Butter Kayangan ala Cikgu Azlina Ina



Bahan bahan:

250 gram premium butter jenama Lurpak
2 cawan tepung naik sendiri
1 cawan gula kastor
5 biji telur
1/2 cawan susu segar
1 sudu kecil esen vanila
3 sudu besar black current rebina
Hiasan kekacang, badam, buah-buahan campur, kismis kering

Kek Butter Kayangan Mudah Ala Cikgu Azlina Ina


Cara cara buat kek butter kayangan


1. Panaskan oven dalam 20 atau 30 minit.

2. Pukul butter, esen vanila dan gula hingga kembang, gebu dan bertukar warna menjadi putih (low speed kemudian sederhana kemudian high speed).

3. Masukkan telur sebiji demi sebiji di selang seli dengan tepung naik sendiri tu. Masukkan susu segar dan pukul lagi sampai sebati.

4. Masukkan separuh adunan dalam loyang saiz 8 X 8" yang telah dilapik baking paper atau di spray terlebih dahulu. Separuh adunan lagi tambahkan blackcurrent rebina tadi.  

5. Sesuai nama kek butter kayangan, maka tambahkan tabur buah-buah kismis kering, kekacang badam (yang dah dibakar dulu), buah-buahan campur atas bancuhan kek tadi. 

6. Bakar pada suhu 180 C selama 40 minit atau sehingga masak. Angkat dan sejukkan atas redai.


Nota:

## Jika guna tepung gandum, boleh masukkan 1 sudu kecil baking powder.

## Bakar sekadar masak sahaja supaya kek kekal moist.

Kek Butter Kayangan Mudah Ala Cikgu Azlina Ina

# Adunan tersebut jangan sampai terpisah minyak dengan telur (berketul-ketul), nanti kek tak gebu

Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close