Resepi Kue Tiau Sup Fishball Simple Tapi Sedap

Resepi Kue Tiau Sup Fishball. Resepi ni simple je, campak-campak je dan rebus dan dah siap! Minyak pun tak guna dalam resepi sup fishball ni. Resepi ini amat menyihatkan. Bagus untuk anak-anak kecil yang perlukan makanan simple tapi menyihatkan, inilah resepinya!

Resepi Kue Tiau Sup Fishball Simple Tapi Sedap


Resepi Kue Tiau Sup Fishball


Bahan-bahan

1 ketul isi ayam + sedikit bahagian tulang
1 pek kue tiau dicelur sekejap dan toskan.
1 pek kecil fishball dibelah dua.
1 pek kecil fishcake - dihiris nipis.

Cara menyediakan Kue Tiau Sup Fishball 


1. Masukkan air dalam periuk dan rebus isi ayam dan tulang sampai mendidih dan campaklah fishball dan fishcake ke dalamnya. Takde tumis apa-apa okay. Tambah garam secukup rasa atau masukkan 1 kiub pati ayam kalau sudi. Kacau dan tutup api.

Kalau suka nak makan dengan sambal kicap dan dengan minyak bawang putih pun boleh. Nak makan macam tu je pun tak apa..

Resepi Kue Tiau Sup Fishball Simple Tapi Sedap

Resepi Kue Tiau Sup Fishball Simple Tapi Sedap
Kalau nak tambah udang pun boleg jugak😍


1) Minyak bawang putih:

Hiris 1 labu bawang putih. Masukkan minyak dalam kuali dan masukkan terus bawang putih dan barulah hidupkan api paling perlahan. Kacau sesekali sampailah bawang bertukar kekuningan dan matikan api. Jangan sampai bawang bertukar perang keemasan ye.. Siap.

2) Cili Kicap:

Bakar seulas bawang putih dan masukkan ke dalam bekas. Potong cili ikut kesukaan, lepas tu letaklah kicap banyak mana yang suka. Perah sedikit limau.

Hiasan:

Hidangkanlah kue tiau tadi bersama isi ayam yang dicarik, fishball dan fishcake, hirisan daun bawang dan daun sup bersama sayuran seperti sawi atau taugeh.

Letaklah minyak bawang putih dan cili kicap sesedap rasa.

Selamat mencuba.

Catat Ulasan

0 Ulasan

close