Pak Choy Goreng Simple Dengan Secukup Rasa Maggi

Pak Choy Goreng Simple Dengan Secukup Rasa Maggi. Antara sayur yang saya suka masak atau setakat celur je adalah Pak Choy. Pak Choy sejenis sawi yang biasanya kita tumis atau buat sup dengan batang dia sekali. Pak Choy ni batangnya lembut, dan daunnya bersambung terus dengan batang dia. Sebab tu nak masak, setakat potong bahagian akar dia je. Mudah..

Saya share kan resepi pak choy goreng simple untuk adik-adik yang baru nak belajar memasak. Gambar Pak Choy boleh tengok kat bawah ni..

Pak Choy Goreng Simple Dengan Secukup Rasa Maggi


Pak Choy Goreng Simple Dengan Secukup Rasa Maggi



Bahan-bahan:

1 ikat pak choy (sawi)
2 biji bawang kecil - hiris
1 ulas bawang putih - ketuk
3 tangkai cili padi - ketuk
Serbuk secukup rasa Maggi secukupnya



Cara masak Pak Choy Goreng Simple Dengan Secukup Rasa Maggi


1. Tumis semua bahan hiris/ ketuk sehingga naik bau

2. Masukkan sayur pak choy, kacau rata

3. Perisakan dengan serbuk Secukup Rasa Maggi, jika tak ada boleh ganti dengan garam

4. Sayur dah layu sedikit, matikan api.

Nota:
Jika anda tak ada secukup rasa Maggi, boleh masukkan sedikit ikan bilis yang disiat. Untuk naikkan rasa dia.. dan jangan lupa garam.. 

Siap untuk dihidangkan.

Resepi simple yang saya share semuanya khas buat rujukan anak-anak yang baru nak belajar memasak. Belajar yang mudah dan simple dulu, barulah memasak masakan yang agak complicated kemudian nanti.

Selamat mencuba.

Catat Ulasan

0 Ulasan

close