Udang Harimau Goreng Dengan Halia

Resepi Udang Harimau Goreng Halia. Udang harimau goreng halia, lebihkan halia muda dan bawang besar. Sedapnya!! Boleh ratah macam tu je.. tapi tu lah, udang sekarang mahal kan. Beli dalam 30 ketul dah harga RM35. Kalau En suami memancing, dapat berkilo-kilo sampai tak lalu nak makan udang. Tapi bila MCO 3.0 ni dilaksanakan, memancing udang pun tak boleh.. redha je la. Semoga Covid-19 musnah terus dari atas muka bumi ini, ya Allah.. 

Udang Harimau Masak Dengan Halia


Udang Harimau Goreng Dengan Halia


Sekarang saya nak share resepi udang harimau goreng halia. Mudah je nak buat, bahan-bahan nak masaknya pun ringkas je.

Bahan-bahan:

1 kg udang harimau - bersihkan kulit ikut cara masing-masing
1 biji bawang besar - hiris
2 ulas bawang putih - hiris
5 tangkai cili padi - hiris
2 inci halia - hiris kasar
1 keping daun limau purut
Garam dan serbuk Secukup Rasa Maggi

Cara masak Udang Harimau Goreng Dengan Halia


1. Tumis segala bahan hiris hingga naik bau.

2. Maaukkan daun limau purut

3. Masukkan udang dan gaul rata

4. Perisakan dengan serbuk Secukup rasa Maggi, kalau dah masin tak payah letak garam

5. Siap untuk dihidangkan

Udang Harimau Masak Dengan Halia

Tak perlu tambah air dalam masakan udang di atas sebab air dari udang pun dah cukup manis dan lemak.

Selamat mencuba.

Catat Ulasan

0 Ulasan

close