Resepi Lempeng Kelapa Sedap Dan Lembut

Resepi Lempeng Kelapa Sedap Dan Lembut. Lempeng kelapa adalah menu sarapan yang amat biasa bagi kami sekeluarga sejak dari dulu lagi cuma sekarang ni agak jarang buat sebab agak susah nak dapat kelapa parut tu..

Lempeng kelapa makan di cicah dengan sambal tumis atau makan dengan gula je pun boleh. Terpulang kepada gaya makan masing-masing ya..

Resepi Lempeng Kelapa Sedap Dan Lembut

Pada masa kini, lempeng kelapa agak mahal jugak harganya kan.. ada yang jual 3 keping RM5.00. Sedangkan kalau buat sendiri, boleh makan berkeping-keping. Cuma penyakit malas tu yang buat orang sanggup jual dan kita pun nak beli pada harga yang ditetapkan.. hehe

Lempeng kelapa yang banyak kelapanya lagi sedap, lemak dan lembut. Dimakan pula cicah sambal tumis ikan bilis yang legend, pedas dan manis! Memang habis berkeping-keping dibuatnya.. hehe

Resepi Lempeng Kelapa Yang Simple Tapi Sedap

Resepi Lempeng Kelapa Yang Simple Tapi Sedap


Jom kita cuba buat lempeng kelapa yang sedap ni dengan caranya sekali 

Bahan-bahan;

1 cawan tepung gandum
1 cawan kelapa parut - yang muda
1 biji telur
3/4 cawan air - jika adunan terlalu kental, tambahkan sedikit lagi air
secubit garam - jika nak rasa masin tambah lagi sikit
minyak

Cara buat lempeng kelapa sedap:


1. Campurkan tepung gandum, kelapa parut, garam dan air. Pecahkan telur.
2. Gaul sebati.
3. Panaskan kuali dan sapu dengan sedikit minyak.
4. Masukkan adunan dan leperkan.
5. Masak dengan api perlahan, dan setelah garing atau masak di bahagian bawah, terbalikkan bahagian atas ke bawah pula supaya kedua-dua belah lempeng masak.
6. Hidangkan bersama pencecah kegemaran. Sambal tumis ikan bilis atau kari pun sedap.



Selamat mencuba resepi lempeng kelapa yang sedap ini. Anda nak makan dengan sambal tumis atau kuah kari, atau gula.. boleh je. Ikut kesukaan masing-masing.

Selamat mencuba kekawan semua..

Catat Ulasan

0 Ulasan

close