Nak masak untuk si bujang kecil ini tidak cerewet. Kalau nak makan ikan siakap, ikan merah.. dan sebagainya.. dia kata order kat kedai. Haaha..
Oh ya, nak pesan sikit. Jika anda suka cuba resepi, anda boleh layari blog saya di ruangan menu bar di atas. Klik pada nama menu dan anda akan dapat cuba pelbagai resepi.
Hidangan Ringkas Untuk Si Bujang
Buah Oren

Sayur Bendi Dengan Telur Hancur
Cara memasaknya.. potong serong sayur bendi anda. Ketepikan.
Hiris 2 ulas bawang kecil dan 1 ulas bawang putih., 2 tangkai cili hidup dan sedikit ikan bilis halus. Tumiskan. Bila dah naik bau, masukkan bendi tadi. Goreng seketika hingga nampak masak. Masukkan garam dan gula, jika suka.
Akhir sekali pecahkan sebiji telur. Kacau hingga rata. Matikan api bila telur dan nampak kering dengan bendi.

Nugget Ayam Ramly Burger

Selamat menjamu selera bersama keluarga anda. Biar resepi yang kita hidangkan untuk keluarga nampak biasa-biasa saja, yang penting usaha menyediakannya dan ikhlas seadanya.
0 Ulasan