Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Ikan Tenggiri Masak Asam Pedas

Jom cuba resepi Ikan tenggiri masak asam pedas, resepi yang amat simple dan cepat je nak memasaknya. Resepi ini asalnya saya tengok kat Google, dan ada sikit tengok cara Che Nom masak. Namun boleh disesuaikan dengan bahan-bahan yang ada di rumah. Yang penting ada asam jawa & daun kesum. Selamat mencuba - Admin

Ikan Tenggiri Masak Asam Pedas
Gambar diambil dari dalam kuali.. hehe

Ikan Tenggiri Masak Asam Pedas. Kalau tanya saya, ikan apa yang jarang dimasak kat rumah? Jawabnya ikan tenggiri. Sebab saya tak tahu kalau ikan tenggiri tu masak apa yang sesuai dan sedap? Masak lemak cili api ke? Asam pedas ke? Goreng kicap atau masak sambal? Sebab sebelum ni saya ada masak kicap, anak-anak tak berapa suka pulak. 

Ikan tenggiri asam pedas saya ni mudah dan simple, tak ada bunga kantan (sebab lupa nak beli) dan tak letak belacan. Orang kata asam pedas letak sikit belacan akan naikkan rasanya. Tetapi saya tak makan belacan, so stok belacan pun tak ada masa aktiviti memasak ni.. kalau sesiapa nak letak boleh je.. dalam 1/2 inci je.

Ikan Tenggiri Masak Asam Pedas


Bahan-bahan:

5-7 potong ikan tenggiri, ada kepala lagi sedap
5-7 biji sayur kacang bendi, kalau tak ada tak apa
3 inci kunyit hidup - kisar
5 ulas bawang merah kecil - kisar
2 ulas bawang putih - kisar
1 cawan cili boh - kisar
1 inci belacan, saya tak letak
2 ikat daun kesum
3-5 sudu besar asam jawa
3 batang serai - diketuk
3-5 cawan air
2 sudu besar gula
1 sudu kecil garam

Cara Menyediakan Ikan Tenggiri Masak Asam Pedas Paling Simple


1. Tumis serai hingga naik bau dan kemudian masukkan semua bahan kisar. Biarkan cili dan segala bahan kisar masak dan naik minyak. 

2. Masukkan air asam jawa. Kacau rata.

3. Jangan lupa lurutkan daun kesum agar baunya dapat hilangkan bau hanyir ikan.

4. Masukkan ikan tenggiri, biarkan masak seketika.

5. Perisakan dengan garam dan gula. 

6. Akhir sekali baru masukkan bendi, jika ada.

Ikan Tenggiri Masak Asam Pedas

Dah siap! Ikan tenggiri masak asam pedas dah boleh dihidangkan. Masak ikan tenggiri sekejap aje ya sebab isi ikan tenggiri yang lembut, jadikan ikan mudah hancur jika dimasak lama-lama.

Memang selama ni saya sangka ikan tenggiri sedap dimasak dengan menu yang terhad, tetapi bila saya masak asam pedas, sedap pulak jadinya. Rasanya lembut tapi tak la lembik. Lemak gitu.. Kepala ikan tenggiri di masak asam pedas, sama sedap dengan ikan unga. Hmm.. lain kali nak masak lagi lah. Hehe..

Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close