Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Beli 5 IN 1 Electric Sandwich Waffle Octopu Eggttes Donut Maker Breakfast Machine

Beli 5 IN 1 Electric Sandwich Waffle Octopu Eggttes Donut Maker Breakfast Machine. Mesin sarapan yang saya beli ni boleh buat sandwiches, masak telur dadar, buat donat dan banyak lagi. Dia guna elektrik. So, nak masak kat meja makan pun boleh. Sangat fleksibel.

Beli 5 IN 1 Electric Sandwich Waffle Octopu Eggttes Donut maker Breakfast Machine. Hahaaa.. tengoklah nama gajet dapur terbaru yang saya beli. Senang citer, ini mesin nak buat sarapan ala mat saleh. Goreng jemput-jemput tak boleh lah. Kalau buat lempeng rasa boleh. Tak caya? Nanti kalau saya buat, kita tepek kat blog ya.. hehe

Beli 5 IN 1 Electric Sandwich Waffle Octopu Eggttes Donut maker Breakfast Machine


Saya membelinya dari Shoppe setelah ternampak satu iklan di IG. Mesin breakfast ni ada banyak jenis dan harga. Kalau setakat 2 in 1, harga dia sekitar RM38. Kalau 4 in 1 pun lain harga. Saya terus beli yang 5 in 1, harga dia RM113 macam tu. Campur delivery caj lebih kurang RM22 (overseas caj), maka 5 in 1 breakfast mesin ni harganya dekat RM135. 

Anak kata, kalau tak rajin buat breakfast tak tau lah ibu ni.. (sabar je la)

Saya beli warna pink, sesuai untuk dapur yang kecil. So nampak comel disitu. Mesin sandwich elektrik ni ada automatik power off, dan boleh set masa lagi.. 

Tapi nak beli mesin sarapan ni kena bersabar sikit. Penghantaran lambat sebab delivery overseas.

Kiranya mesin sarapan ni akan jadikan saya rajin sikit dari biasa. Hehe.. rajin pada permulaan je sebab excited nak cuba. Bila dah puas mencuba, kita rehatkan dia. Boleh gitu??

Kalau berminat, pergilah cari kat Shoppe. Selamat bershopping!!

Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close