Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Inilah Jadual Makan Telur Rebus Untuk Kurus

Orang kata makan telur rebus cepat nak kurus dan salah satu cara diet yang amat mudah.  Namun kena ada cara yang betul dan konsisten agar hajar nak dapat berat ideal itu tercapai. Baca penerangan di bawah ya✌✌
Inilah Jadual Makan Telur Rebus Badan Jadi Kurus. Kenapa amalan makan telur rebus boleh buang lemak dengan agak cepat. Apakah kandungan khasiat yang terdapat dalam telur rebus??

Telur adalah sumber terbaik dari protein lengkap yang mengandungi semua asid amino esensial bagi tubuh manusia. Ia juga dapat membantu mengawal tubuh menyerap kalori. Kandungan nutrisi di dalam telur adalah tinggi dan baik bagi anda yang ingin menurunkan berat badan. Haa.. inilah sebabnya kenapa telur rebus boleh dijadikan rakan baik anda selepas ini.

Inilah Jadual Makan Telur Rebus Badan Jadi Kurus
Sumber gambar - kosmopolitan.my

Inilah Jadual Makan Telur Rebus Badan Jadi Kurus


Dengan makan telur rebus setiap hari, anda boleh hilang lemak sebanyak 10kg dalam masa 2 minggu!! Tak caya ke? Jom kita buat sama-sama.

Jadual makan telur rebus


Isnin

Sarapan 👉 Buah dan 2 biji telur rebus
Tengahari 👉 Buah dan 2 keping roti mil penuh
Malam 👉 Salad dan menu ayam

Selasa

Sarapan 👉 Buah dan 2 biji telur rebus
Tengahari 👉 Salad dan menu ayam
Malam 👉 2 biji telur rebus, salad dan buah oren

Rabu

Sarapan 👉 Buah dan 2 biji telur rebus
Tengahari 👉 Keju rendah lemak, 1 keping roti mil penuh dan 1 biji tomato
Malam👉 Salad dan menu ayam

Khamis

Sarapan 👉 Buah dan 2 biji telur rebus
Tengahari 👉 Buah-buahan
Malam 👉 Salad dan menu ayam

Jumaat

Sarapan 👉 Buah dan 2 biji telur rebus
Tengahari 👉 Salad tuna
Malam 👉 Salad dan 2 biji telur rebus

Sabtu

Sarapan 👉 Buah dan 2 biji telur rebus
Tengahari 👉 Salad dan ayam masak stim
Malam 👉 Buah-buahan

Ahad

Sarapan 👉 Buah dan 2 biji telur rebus
Tengahari 👉 Sayur dan ayam masak stim
Malam 👉 Sayur dan ayam masak stim

Perkongsian di atas adalah perkongsian kisah benar dari seorang pengguna Facebook yang bernama EDDY RUSDY. jika nak cuba, apa salahnya. Saya tengok menu atau jadual makan telur untuk kurus di atas pun menu semua menyihatkan. Tetapi.. anda kena jujurlah.. jangan asyik ambil cheat day aje, bila masanya nak kurus kalau gitu kejadiannya. Hehe..

Nak kurus kena usaha lebih dari orang lain. Mental kena kuat. Jangan patah semangat dengan hasutan orang lain. Yang nak kurus kita, bukannya dia orang. So abaikan je kata-kata yang negatif tu ya..

Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close