Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Inilah 5 Khasiat Kopi Yang Ramai Dah Tahu Tapi Tak Suka Rasanya

Anda penggemar kopi? Kopi ada banyak khasiatnya tau.. antaranya untuk kesihatan jantung dan mengatasi diabetes. Untuk penerangan lanjut, boleh baca postingan ini hingga habis di bawah ya.. rugi siapa tak minum kopi.. boleh dipelbagaikan samada nak minum kosong, separuh manis atau dicampur susu pekat. Bau harumnya memang menggoda hidung.. 😁😁
Inilah 5 khasiat kopi yang ramai dah tahu. Tapi tak ramai yang mula sukakan kopi sebab rasanya yang agak pahit dan warnanya yang kurang menarik. Hitam pekat gitu.. kan?

Inilah 5 Khasiat Kopi Yang Ramai Dah Tahu Tapi Tak Suka Rasanya

@ Lima Khasiat Kopi

Bagi pencinta kopi, minuman ini adalah pendorong kepada tenaga pada tubuh. Tidak hairan jika peminat kopi boleh minum lebih dari satu cawan kopi sehari. Namun begitu kalau kita boleh mengatur cara kita minum kopi sehari-hari, ia boleh memberikan faedah kepada tubuh, antaranya:

Inilah 5 Khasiat Kopi Yang Ramai Dah Tahu Tapi Tak Suka Rasanya


Memang kopi secara asasnya rasa pahit dan warna hitam pekat. Tak menarik pun. Namun.. tahukah anda bahawa kopi banyak khasiatnya. Jom tengok!!

1. Melindungi jantung


Peminum kopi yang mengamalkan 1-2 cawan kopi hitam sehari memiliki risiko terkena stroke lebih rendah berbanding mereka yang tidak minum kopi. Hal ini disebabkan oleh adanya antioksidan yang terkandung dalam kopi. (Penerangannya baca kat sini.)

2. Mencegah diebetes


Antioksidan kopi, khususnya asam klorogenat dan guinides, memainkan peranan untuk meningkatkan sel tubuh terhadap insulin yang membantu mengatur gula darah. Faktanya, orang yang minum kopi setiap harinya memiliki risiko lebih rendah terkena 2 jenis diabetes, berdasarkan beberapa penelitian.

3. Menjaga kesihatan hati


Kopi juga boleh meminimakan risiko munculnya sirosis dan penyakit hati lainnya. Satu analisa dari sembilan penelitian menemukan bahawa kopi boleh menurunkan risiko kanser hati sebanyak 43%. Hal ini karena peranan antioksidan dan kafein di dalamnya.

4. Meningkatkan kekuatan otak


Minum kopi secara teratur juga dapat membantu mengurangi risiko demensia dan Alzheimer, sama halnya seperti Parkinson. Antioksidan yang terkandung di dalam kopi menghalang kerosakan sel otak dan membantu jaringan saraf untuk bekerja lebih maksima sehingga otak bekerja lebih baik.

5. Membantu menghilangkan sakit kepala


Penelitian membuktikan, 200 miligram kafein dapat membantu menghilangkan sakit kepala, termasuk migrain. Walaupun begitu belum ada pendapat yang membuktikan bagaimana cara kafein menghilangkan sakit kepala, namun para penyelidik percaya bahwa kafein meningkatkan aktiviti sel otak yang mengakibatkan pembuluh darah di sekitarnya menegang.

Namun, minum kopi berlebihan boleh menimbulkan impak buruk, antara lain, meningkatnya kadar kolesterol yang akan membuat darah lebih pekat. Selain itu, kopi akan sangat merbahaya bagi penghidap tekanan darah tinggi, kerana kafein dapat meningkatkan tekanan darah secara tiba-tiba. Bagi wanita hamil, kopi dapat meningkatkan risiko kematian pada bayi. Kopi pun boleh mengakibatkan tulang rapuh. Untuk dapat menghindari kesan negatif pada kopi, pilih bancuhan kopi tanpa tambahan gula dan susu, serta mengurangkan pengambilan kopi yang diminum setiap hari. Selain itu, pilih juga jenis kopi yang tanpa kafein. Jangan lupa untuk selalu meminum 2 gelas air putih untuk setiap satu cawan kopi yang anda minum.

Bagi sesiapa yang suka kopi, korang tak semestinya tak boleh mengawal sukatan dlm menu harian. Ambil berpada-pada kerana ia boleh membawa manfaat yang banyak. Saya pun ambil kopi kerana sukakan baunya yang harum.

Apapun, sharing is caring!
aynora nur, smile!

aynoranur.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman blog ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik blog dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian orang lain. Lots of Love...AA

Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close