Cara Buat Pisang Tanduk Goreng Yang Sedap Dan Rangup Tepungnya

Sedapnya dapat makan pisang tanduk goreng. Kalau malas nak beli, boleh goreng sendiri. Pisang Tanduk  Goreng Yang Sedap Dan Rangup Tepungnya. Boleh cuba di resepi di bawah ini. Kalau gagal nak dapat tepung yang rangup, cuba lagi lain kali hingga menjadi. Orang kata, alah bisa tegal biasa!

Cara Buat Pisang Goreng Tanduk Yang Sedap Dan Rangup Tepungnya. Dalam banyak-banyak pisang, saya suka pisang nangka dan pisang tanduk yang digoreng dengan balutan kulitnya yang rangup! Memang boleh habis satu batang pisang tanduk tu, anggaran dalam 10 hiris kut..

Cara Buat Pisang Goreng Tanduk Yang Sedap Dan Rangup Tepungnya

Resepi Pisang Tanduk Goreng Yang Sedap Dan Rangup Tepungnya


Bahan-bahan:

2 cawan tepung gandum
1 cawan tepung beras
2 biji pisang tanduk - hiris serong
Sedikit garam - dibancuh air
Pewarna kuning

Cara Buat Pisang Goreng Tanduk Yang Sedap Dan Rangup Tepungnya

Cara buat tepung goreng pisang tanduk yang rangup


1. Tepung gandum , pewarna kuning dan tepung beras digaul rata. Kemudian bancuh dengan air garam hingga menjadi adunan yang cair.

2. Hirisan pisang tanduk di celup dalam adunan tepung tadi. Goreng dalam minyak yang panas dan penuh, (goreng terendam)

3. Bila dah kuning keemasan, boleh lah diangkat.

Pisang tanduk goreng siap untuk dihidangkan.

Cara Buat Pisang Goreng Tanduk Yang Sedap Dan Rangup Tepungnya

Makan dengan dicicah pada sambal kicap atau sos pun sedap. Nak makan gitu aje pun boleh. Ikut selera masing-masing.

Selamat mencuba.

Catat Ulasan

0 Ulasan

close