Resepi Nasi Goreng Hot Dog Yang Mudah

Resepi nasi goreng hot dog yang mudah sesuai bagi newbies untuk mencubanya. Bahan-bahan nak buat nasi goreng pun mudah je. Kalau letak hot dog, anak-anak pasti suka.

Resepi Nasi Goreng Hot Dog Yang Mudah. Kita buat nasi goreng lagi pagi tadi, menu breakfast yang senang disediakan dengan apa je bahan yang ada dalam freezer. Nasi goreng juga breakfast yang paling disukai oleh anak-anak. Tetapi demgan syarat kena letak telur banyak-banyak. Hehe..

Lagi satu nasi goreng paling mudah nak buat dan kurang pedas adalah nasi goreng cina. Bagi budak-budak amat sesuai..

Resepi Nasi Goreng Hot Dog Yang Mudah

Resepi Nasi Goreng Hot Dog Yang Mudah


Bahan-bahan;

1 mangkuk sederhana besar nasi sejuk (nasi semalaman lagi bagus?
1 biji bawang merah - tumbuk
2 ulas bawang putih - tumbuk
10 tangkai cili padi - tumbuk
2 batang hot dog - hiris nipis
3 biji telur 
Sedikit sayuran hijau, jika suka
Garam secukupnya

Cara penyediaan nasi goreng hot dog yang mudah


Resepi Nasi Goreng Hot Dog Yang Mudah

1. Tumis semua bahan yang telah ditumbuk tadi, hingga naik bau. (Kalau kisar kurang sedap nasi goreng tu..)

2. Masukkan hot dog. Gaul rata.

3. Pecahkan telur hingga telur masak, gaul dengan semua bahan tadi

4. Masukkan nasi dan kacau sama rata. Biarkan api besar sedikit

5. Perisakan dengan garam. Kemudian masukkan sayuran hijau.

Siap dah nasi goreng hot dog yang mudah dan pastinya sedap ditelan. Hehe.. kemudian makan dengan keropok ikan. Krap! Krap! Bunyinya..

Resepi Nasi Goreng Hot Dog Yang Mudah

Resepi ni sesuai dicuba oleh adik-adik yang baru duduk rumah sewa, baru nak belajar memasak. Atau pasangan baru berkahwin.. cubalah!

Catat Ulasan

0 Ulasan

close