Makan Santai Lauk Ayam Kampung Masak Ungkep

Makan Santai Lauk Ayam Kampung Masak Ungkep. Dah lama betul tak makan lauk kampung yang satu ini iaitu ayam kampung masak ungkep! Lauk ungkep ni masakan orang Jawa, memang dulu selalu makan. Sekarang dah jarang sebab dah semakin kurang orang masak lauk tersebut. Nak masak sendiri, susah nak cari ayam kampung kat bandar ni..

So, kalau korang balik kampung dan ada ternak ayam sendiri, boleh lah masak lauk kampung legend ini..
#Penafian:❤:
Gambar, artikel ataupun video yang ada di dalam blog ini ada sesetengahnya yang diambil dari pelbagai sumber media lain. Hak Cipta sepenuhnya dipegang oleh sumber tersebut. Jika timbul masalah mengenai perkara ini, anda boleh menghubungi saya di Contact Me. Artikel dan catatan adalah ulasan serta pendapat peribadi saya berdasarkan persekitaran, pengalaman dan pengetahuan. Kesilapan (jika ada) adalah khilaf saya dan mohon dimaafkan.

Makan Santai Lauk Ayam Kampung Masak Ungkep


Selepas balik dari vaksin dos ke 2 untuk si bongsu, kami makan singgah di satu restoran, lengang sikit. Bagus jugak, sebab SOP dan kesihatan kita jugak, kan..

Makan apa kita? 

Makan Santai Lauk Ayam Kampung Masak Ungkep

Hmm.. apalagi, lauk pauk kampung la.. ayam kampung masak ungkep, tempe goreng, telur mata, sayur bayam dan kepala ikan merah masak asam pedas.

Makan Santai Lauk Ayam Kampung Masak Ungkep


Kalau korang dapat makanan menu lauk pauk kampung ketika perut sedang lapar.. memang syiok!! Makan tak toleh kiri kanan... hehe

Makan Santai Lauk Ayam Kampung Masak Ungkep

Ayam kampung masak ungkep! Marvellous!! Sedapnya masyaAllah.. siap puji depan owner kedai lagi.

Set kepala ikan merah masak asam pedas tak sempat snap gambar sebab En suami dah melantak habis, sebab lapar katanya. Kita ni yang lambat pilih lauk pauk.. hehe, maka lauk kita je yang di snap.. haha

Cerita makan santai ni hal lunch siang tadi, memang terbaik la!

Catat Ulasan

0 Ulasan

close