Idea Lauk Pauk Makan Tengahari Yang Sedap

Idea Lauk Pauk Makan Tengahari Yang Sedap. Lunch kena ambil tau, walau korang tengah diet. Maka, kena makan suku suku separuh, lebihkan sayur dan ulaman, tetapi lauk ikan dan nasi suku je. Boleh ke tu? Atau setiap hari cheat day korang? Hehe..

Jom tengok idea lauk pauk makan tengahari kami, nampak sedap tetapi memang sedap!

Idea Lauk Pauk Makan Tengahari Yang Sedap

Gambar tengah tu mangga susu sebagai pencuci mulut. 
#Penafian:❤:
Gambar, artikel ataupun video yang ada di dalam blog ini ada sesetengahnya yang diambil dari pelbagai sumber media lain. Hak Cipta sepenuhnya dipegang oleh sumber tersebut. Jika timbul masalah mengenai perkara ini, anda boleh menghubungi saya di Contact Me. Artikel dan catatan adalah ulasan serta pendapat peribadi saya berdasarkan persekitaran, pengalaman dan pengetahuan. Kesilapan (jika ada) adalah khilaf saya dan mohon dimaafkan.

Idea Lauk Pauk Makan Tengahari Yang Sedap


Menu apa yang sedap agaknya? Menu lauk pauk kampung la the best! Betul tak?

Jom layan menu lunch kami yang simple, mungkin korang dapat idea nak masak @ makan apa tengahari ni. 

Ikan keli goreng berlada


Ikan keli goreng berlada, goreng garing ikan keli kemudian ketepikan. Buat sambal lada dia tu mudah aje. Nak resepi dia?? Boleh klik pada pautan di bawah.


Idea Lauk Pauk Makan Tengahari Yang Sedap

Idea Lauk Pauk Makan Tengahari Yang Sedap

Sayur nangka lemak kuning

Sayur lemak kuning nangka, dicampur dengan kaki ayam. Sedap tau, kemudian antara bahan rempah dia letak sikit lada hitam. Best rasa dia! Tapi sayur macam ni tak makan la anak-anak, dia orang suka sayur moden dan dedaun.. Hehe

Idea Lauk Pauk Makan Tengahari Yang Sedap

Ayam goreng rangup dan siput sedut

Ayam goreng rangup kegemaran seisi rumah. Goreng guna tepung serbaguna Bestari. Perap dalam 1/2 jam lepas tu baru goreng. Memang mantap! Lebih lama perap lagi sedap.

Siput sedut faveret En suami. Pedas tapi sedap, yang thrill tu bila nak masak dan nak makan. Sebab, kalau tak keluar isi seput bila disedut, rasa macam nak baling ke dinding je siput tu.. 😂😂😂

Idea Lauk Pauk Makan Tengahari Yang Sedap

Haa.. amacam? Dapat idea dah nak makan lunch apa hari ini? 

Catat Ulasan

0 Ulasan

close