Resepi Cekodok Bom, Resepi Legend Emak Kita

Resepi Cekodok Bom, Resepi Legend Emak Kita. Siapa la tak tahu cekodok kan? Inilah resepi dulu-dulu yang mak kita sediakan bila tak ada benda lain yang nak di masak untuk sarapan. Zaman dulu, tepung ni antara makanan ruji rakyat Malaysia selain ubi dan beras. Tapi yang paling biasa adalah ubi. Sebab ubi mudah ditanam dan tak perlukan penjagaan sangat, kecuali masa banjir la, habis semua pokok ubi tercabut.. memang kenangan betul tu. 

Cakap pasal cekodok, kali ni saya nak kongsi resepi buat cekodok bom @ cekodok bulat yang kembung-kembung tu. Senang nak buatnya taw..
#Penafian:❤:
Gambar, artikel ataupun video yang ada di dalam blog ini ada sesetengahnya yang diambil dari pelbagai sumber media lain. Hak Cipta sepenuhnya dipegang oleh sumber tersebut. Jika timbul masalah mengenai perkara ini, anda boleh menghubungi saya di Contact Me. Artikel dan catatan adalah ulasan serta pendapat peribadi saya berdasarkan persekitaran, pengalaman dan pengetahuan. Kesilapan (jika ada) adalah khilaf saya dan mohon dimaafkan.

Resepi Cekodok Bom, Resepi Legend Emak Kita


Cekodok bom yang kita nak buat ni sebenarnya dah biasa buat masa kita kecik dulu, tapi sejak dah umur banyak ni, macam dah tak pandai pulak nak buat. Tu yang kena cari resepi balik..

Resepi Cekodok Bom, Resepi Legend Emak Kita


Bahan-Bahan:

1. 4 senduk tepung gandum (boleh guna cap rose atau lain-lain)
2. Yis 1 peket (brand kijang/ sebarang brand)
3. 2 senduk gula pasir
4. Air
5. Secubit garam 

Cara penyediaan:


1. Satukan tepung, gula dan yis gaul bagi sebati..

2. Masukkan air sedikit demi sedikit, jangan bancuh terlalu cair, biar kenyal2 gitu je..

3. Kemudian perap dlm 25-30 minit, dah naik berbuih-buih seperti dibawah, kacau-kacau & boleh goreng, pastikan minyak banyak & betul2 panas..

4.Kemudian slowkan api, masukkn adunan guna tangan atau sudu.

5. Siap dah resepi cekodok bom resepi mak-mak kita yang legend. Bau jemput-jemput ni pun sedap, harum je.. Hehe

Selamat mencuba ya sis semua

Sumber resepi, Credit : SuiSan Aliezsha

Catat Ulasan

1 Ulasan

close