Roti Jala Sedap, Mudah Nak Buat

Roti Jala Sedap, Mudah Nak Buat. Sarapan pagi ni adalah roti jala. Cicah dengan kuah kari ayam. Korang pulak sarapan apa? Lontong basah ke? Atau epok-epok? Dah lama tak buat epok-epok, kuih legend tu adik-adik. Memang kena ada skill nak buat epok-epok, cara nak buatnya boleh tengok kat sini.

Berbalik pada roti jala, bahan mudah, nak bancuh pun senang. Yang buat malas tu bila nak kena tuang atas kuali. Nak cantik kenalah guna acuan dia, kena kat orang laki dia tenyeh je macam buat lempeng. Haha..

Roti Jala Sedap, Mudah Nak Buat

Roti Jala Sedap, Mudah Nak Buat
#Penafian:❤:
Gambar, artikel ataupun video yang ada di dalam blog ini ada sesetengahnya yang diambil dari pelbagai sumber media lain. Hak Cipta sepenuhnya dipegang oleh sumber tersebut. Jika timbul masalah mengenai perkara ini, anda boleh menghubungi saya di Contact Me. Artikel dan catatan adalah ulasan serta pendapat peribadi saya berdasarkan persekitaran, pengalaman dan pengetahuan. Kesilapan (jika ada) adalah khilaf saya dan mohon dimaafkan.

Roti Jala Sedap, Mudah Nak Buat


Mudah je nak buat roti jala, bahan-bahan pun murah. Ya leceh, nak buat atas kuali. Hehe.. dan nak buat kuah kari dia. Ala, kalau rajin pasti jadi!

Resepi roti jala


Bahan-Bahan:

2 cawan tepung gandum
2 biji telur
1 1/2 cawan air
1 cawan susu cair/ santan sederhana pekat
6 sudu besar/ 1/2 cawan mentega cair
1 sudu teh garam
1 sudu teh serbuk kunyit

Nota:

1. Kalau nak warna pink atau hijau  gantikan serbuk kunyit dengan pewarna kegemaran anda.

2. Telur sebagai fungsi agar roti jala lebih lembut dalam tempoh lama. 


Cara-cara penyediaan

1. Bancuh tepung dengan susu, garam, mentega cair dan telur sehingga sebati dan tuangkan air . elakkan dari adunan menjadi berketul samada menggunkan blend atau menapis terlebih dahulu

2. Panaskan kuali leper, disarankan menggunakan non stick pan untuk tidak melekat, dan letakkan sedikit minyak

3. Kiraikan di atas kuali leper guna acuan yang disukai. Apabila roti kelihatan kekuningan dan agak garing, angkat dan gulungkan atau lipat tiga segi seperti di dalam gambar di atas.

Selamat mencuba.

Sedap dimakan dengan kuah kari atau kuah sardin. Terpulang pada citarasa masing-masing.

Catat Ulasan

0 Ulasan

close