Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Nasi Lemak Pandan Siakap Goreng Garing

Nasi Lemak Pandan Siakap Goreng Garing. Dinner time, makan nasi lemak pandan je, lauk dia rare sikit iaitu siakap goreng garing. Dah lah petang tadi balik kerja hujan turun dengan lebatnya, perut pulak berkeroncong lapar, maka Grab je penyelesaiannya. Search restoran yang dekat dengan rumah, jimat masa kalau jammed nanti.. akhirnya kita orang order nasi lemak pandan siakap goreng garing. Siakap dia boleh tahan saiz besarnya, maka boleh kongsi-kongsi.

Lain-lain kami order chicken chop untuk si bujang dan juga nasi ayam penyet. Layan gambar-gambar hidangan dinner kami kat bawah ya...

Nasi Lemak Siakap Goreng Garing

Nasi Lemak Siakap Goreng Garing
#Penafian:❤:
Gambar, artikel ataupun video yang ada di dalam blog ini ada sesetengahnya yang diambil dari pelbagai sumber media lain. Hak Cipta sepenuhnya dipegang oleh sumber tersebut. Jika timbul masalah mengenai perkara ini, anda boleh menghubungi saya di Contact Me. Artikel dan catatan adalah ulasan serta pendapat peribadi saya berdasarkan persekitaran, pengalaman dan pengetahuan. Kesilapan (jika ada) adalah khilaf saya dan mohon dimaafkan.

Nasi Lemak Pandan Siakap Goreng Garing


Jarang kan jumpa siakap jadi lauk kepada nasi lemak. Tapi kita dah biasa makan.. siakap bakar pun ada. Pilih je mana suka..

Nasi Lemak Siakap Goreng Garing


Sambil tu ada order nasi ayam penyet yang lazat dan sambal nya pun sangat ngam! Sedap sangatt! Ayam tu dia guna ayam kampung. Alahai.. lagi la lain macam sedap dia. Alhamdulillah.



Bila dah habis semua makanan, terasa kenyang sangat, masa makan dan ratah ikan siakap goremg garing tadi tak terasa pulak.. sebab sedap dan isi dia pun lembut je. Geram pulak, bila kita buat sendiri tak pulak jadi rupa gitu. Memang nak kena beli jugak baru sedap. Hehe

Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close