Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Resepi Thai Premium Butter Cake Dari Azlina Ina

Resepi Thai Premium Butter Cake Dari Azlina Ina. Kita share lagi resepi premium sedap dan tak lokek bahan untuk perkongsian bersama. Memang biasa lah kalau Cikgu Ina yang kongsi resepi, tak ada sorok punya. Macam mana dia buat, itulah yang diajarkan kepada peminatnya di FB. Thai butter cake ni guna saiz loyang 8 X 8.
#Penafian:❤:
Gambar, artikel ataupun video yang ada di dalam blog ini ada sesetengahnya yang diambil dari pelbagai sumber media lain. Hak Cipta sepenuhnya dipegang oleh sumber tersebut. Jika timbul masalah mengenai perkara ini, anda boleh menghubungi saya di Contact Me. Artikel dan catatan adalah ulasan serta pendapat peribadi saya berdasarkan persekitaran, pengalaman dan pengetahuan. Kesilapan (jika ada) adalah khilaf saya dan mohon dimaafkan.

Resepi Thai Premium Butter Cake Dari Azlina Ina

Resepi Thai Premium Butter Cake Dari Azlina Ina


Thai Premium Butter Cake Pandan Saiz Loyang 8 X 8



Bahan-bahannya : 

250gram Butter tartura/ golden churn (salted)
260gram Tepung selfrising MFM( ayak 2 kali)
150 gram Gula Kastor 
300 gram Telor- kocak semua macam nak buat telor dadar, lepas tu timbang wokey jelas ye
2 sudu kecil baking Powder - diayak ke dalam self rising tadi
50 gm ovelate 
100 gram santan kotak kara 
perisa pandan Coconut : 1 Sudu Kecil  Pandan Coconut emolco 
2 sudu kecil pewarna hijau epal 

Cara penyediaannya:

1) Mix Butter+Gula Kastor +Ovallete =sehingga putih gebu. Pastikan rajin kaup2 guna spatula gula dan butter tadi supaya kembang sekata 

2) Bila adunan dah putih gebu, masukkan telur ke dalam adunan tadi sikit demi sedikit. Mix sekejap adunan telur sampai sebati betul, matikan mixer. Tambah kan Pandan Coconut Emulco - Pewarna Hijau gaul guna whisk rata kan guna whisk juga masukkan Tepung Selfrising berselang seli dengan santan ke dalam bancuhan yang telah di-mix tadi.

3) Semua dah sebati, masukkan bancuhan ke dalam loyang saiz 8 inci. lorek2 kan bancuhan di dalam loyang tadi dengan lidi atau chopstick tujuan dia supaya tak de bubble angin.

Nota:

Penting untuk menghasilkan permukaan Premium Butter Cake yang licin apabila siap dibakar nanti, hentak-hentakkan loyang

4) last step ya cara nak bakar kek ni pulak guna kaedah water batch atau mudah nye korg letakkan tisu dalam 10 keping ke dalam tray yg lebih besar dr loyang adunan td dan basahkan dengan air. Tekap tisu supaya semua tisu basah dengan air. Buang lebihan air jika terdapat lebihan air. 

Lepas tu letakkan loyang ke atas tray yang dilapik tisu basah tadi. 

Suhu: 

Api Atas Bawah masa kalau on suhu 150° - masa 30 minit. Lepas 30 minit turunkan suhu ke 140° dan sambung bakar lagi 30 minit. Boleh try cucuk dgn lidi tgk dah masak atau belum ya. 

Lepas bakar, sejukkan cake. Pastikan cake betul-betul dah sejuk boleh korg wrap dengan cling dan masukkan dalam chiller semalaman

Selamat mrncuba.

Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close