Rendang Ayam Power Tapi Mudah Caranya

Rendang ayam power, tapi mudah nak memasaknya. Kalau anda pro memasak.. pasti main campak-campak je. Kalau anda jarang-jarang masaknya maka kena ikut resepi. Tak gitu kekawan??😅😅

Marilah kita sama-sama belajar masak rendang ayam yang power, buka biase biase.. hheehe

Siapa tak nak belajar dia rugi, sebab benda ni free je. Tak berbayar. Yang kena bayar tentulah bahan masakan, kena beli sendiri. Haha😅😅
#Penafian:❤:
Gambar, artikel ataupun video yang ada di dalam blog ini ada sesetengahnya yang diambil dari pelbagai sumber media lain. Hak Cipta sepenuhnya dipegang oleh sumber tersebut. Jika timbul masalah mengenai perkara ini, anda boleh menghubungi saya di Contact Me. Artikel dan catatan adalah ulasan serta pendapat peribadi saya berdasarkan persekitaran, pengalaman dan pengetahuan. Kesilapan (jika ada) adalah khilaf saya dan mohon dimaafkan.
Rendang Ayam Power Tapi Mudah Caranya

Rendang Ayam Power 😋


Bahan-bahan:

1 ekor ayam - potong 16
15 tangkai Cili api,
2 inci lengkuas,
2 inci kunyit,
2 inci Halia,
4 batang serai,
1 biji besar bawang merah,
2 ulas bawang merah kecil
3 ulas bawang putih,
(Blend)
2 sudu makan cili boh

Lain-lain:

Kerisik secukupnya
Daun limau purut / daun kunyit hiris halus
Sedikit gula melaka
1 kotak santan

Cara masak ayam rendang power!


1. Panaskan minyak. Masukkan bahan-bahan blend.

2. Tumis sampai tukar warna coklat sikit. Masuk cili boh.

3.Campak garam, ajinamoto (jika guna) dan gula melaka.

4.Masukkan ayam. Kemudian terus masukkan santan. ( ini saya pakai santan kara kotak ye )

5. Agak kering sikit masukkan kerisik dan daun limau purut / daun kunyit hiris. Siap

Kredit Resepi : nurul jannah zakariar via mahn

Catat Ulasan

0 Ulasan

close