Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Cara Buat Kerepek Pisang Tanduk Lemak Masin Dan Rangup

Kerepek Pisang Tanduk Lemak Masin Dan Rangup. Dalam seminggu lalu, saya ada try beli kerepek pisang tanduk melalui online. Beli 2 bungkus pada harga RM18 bagi 500 gram. Rasanya sedap, rangup, lemak masin semua cukup. Warna pun kuning cantik. Alhamdulillah. Saya dah pesan nak order lagi lain kali. So, dah tak pening nak cari kerepek pisang tanduk kegemaran kami.

Cara Buat Kerepek Pisang Tanduk Lemak Masin Dan Rangup


Kalau suka makan kerepek pisang tapi tak pandai buat, memang rugi. Saya dulu pun tak pandai buat kerepek pisang tetapi lama-lama belajar tengok mak buat, akhirnya menjadi lah resepi kerepek pisang tanduk saya.

Gambar Kerepek Pisang Tanduk Lemak Masin Dan Rangup

Gambar Kerepek Pisang Tanduk Lemak Masin Dan Rangup

Gambar atas tu saya order kerepek pisang tanduk sebab stok pisang mentah kat tempat saya tak ada. Kalau kat kampung mungkin boleh dapat stok. Tak pa.. yang penting saya nak share resepi kerepek pisang yang biasa saya buat.

Bahan-bahan:

1 sisir pisang tanduk (lebih kurang 5-8 biji) - di buang kulitnya
Air garam
Pisau penyagat
Minyak masak

Cara membuatnya/ menggoreng kerepek pisang tanduk:


1. Panaskan minyak dalam kuali
2. Sagat pisang tanduk di atas kuali bagi mengelakkan pisang itu lebam (warna pucat)
3. Renjiskan air garam ikut citarasa - lebihkan jika mahu masin sedikit
4. Bila warna pisang tanduk bertukar kuning keperangan, bolehlah di angkat dan masukkan ke dalam bekas yang kedap udara.


Cubalah buat kerepek pisang seperti resepi yang saya kongsikan. Rakan saya pun saya ajar cara macam tu, memang menjadi. Sampai sekarang dia ingat tentang resepi tersebut.

Selamat mencuba.
 
#Penafian:❤:
Gambar, artikel ataupun video yang ada di dalam blog ini ada sesetengahnya yang diambil dari pelbagai sumber media lain. Hak Cipta sepenuhnya dipegang oleh sumber tersebut. Jika timbul masalah mengenai perkara ini, anda boleh menghubungi saya di Contact Me. Artikel dan catatan adalah ulasan serta pendapat peribadi saya berdasarkan persekitaran, pengalaman dan pengetahuan. Kesilapan (jika ada) adalah khilaf saya dan mohon dimaafkan.

Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close