Sarapan Roti Canai Garing, Menu Di Hari Kemerdekaan

Sarapan Roti Canai Garing, Menu Di Hari Kemerdekaan. Best tak menu sarapan kita hari ni. Roti canai merdeka! Bukan buat tapi makan ramai-ramai kat warung bawah pokok. Haha..

Roti canai dan nasi lemak.. menu sinonim dengan rakyat Malaysia. Makan pulak pada Hari Kebangsaan Malaysia. Dah 65 tahun (tahun 2022) rupanya kemerdekaan negara kita. Cepatnya masa berlalu. Lalu.. rasa umur kita pun dah digelar berusia. Almaklum anak-anak pun dah bujang.

Sarapan Roti Canai, Menu Di Hari Kemerdekaan

Roti canai dan nasi lemak.. lambang sarapan keluarga Malaysia. Tak kira kaum, semua pun makan benda yang sama. Al kisah tadi pagi selepas mendobi, kami singgah bersarapan. Dapatlah melepas rindu nak makan roti canai. Alhamdulillah sedap semuanya..

Roti canai kami mintak versi rangup dan garing! So dapatlah color gitu roti canai kami. Tak hitam tak putih.. dia sedang-sedang rangup. Haha..

Sarapan Roti Canai, Menu Di Hari Kemerdekaan

Sarapan Roti Canai, Menu Di Hari Kemerdekaan

Korang tengoklah nasi lemak dia, okay kan? Ayam pun not bad, tak la kecik saiz dia.. harga sepinggan nasi lemak ayam RM6.00. Sama juga harga warung ni jual selepas isu harga ayam naik beberapa bulan lepas. 

Sarapan Roti Canai Garing, Menu Di Hari Kemerdekaan



Orang berniaga kena jujur. Kadang orang datang makan bukan sebab harga tetapi kerana rasa sedapnya. Namun ada pula golongan yang hanya mampu makan berdasarkan harga yang berpatutan. Jadi, bersederhana lah. Beri lah makanan yang harga mampu dan rasa sedap. Dua-dua dapat pahala bila dilakukan. 

Insya Allah rezeki berkat. Sekian dulu makan santai kami pada kali ini. Bye!
#Penafian:❤:
Gambar, artikel ataupun video yang ada di dalam blog ini ada sesetengahnya yang diambil dari pelbagai sumber media lain. Hak Cipta sepenuhnya dipegang oleh sumber tersebut. Jika timbul masalah mengenai perkara ini, anda boleh menghubungi saya di Contact Me. Artikel dan catatan adalah ulasan serta pendapat peribadi saya berdasarkan persekitaran, pengalaman dan pengetahuan. Kesilapan (jika ada) adalah khilaf saya dan mohon dimaafkan.

Catat Ulasan

0 Ulasan

close