Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Resepi Siakap Asam Pedas Dengan Rempah Kari

Resepi Siakap Asam Pedas Dengan Rempah Kari. Pernah ke korang masak asam pedas letak rempah kari? Tak pernah. Tak pe, kali ni cuba letak. Pasti sedap kuah asam pedas anda tu. Asam pedas tu akan ada rasa dan bau kari la.. lagi harum kuah asam pedas anda. Tapi jangan lupa letak daun kesum untuk naikkan harum asam pedas tu..

Kali ni kami nak bagi resepi asam pedas ikan siakap. Oleh kerana ikan siakap mempunyai isi yang lembut, maka kita tidak akan memasak terlalu lama. Okay.. 👌👌

Resepi Siakap Asam Pedas Dengan Rempah Kari

Resepi Siakap Asam Pedas Dengan Rempah Kari

Resepi Asam Pedas Ikan Siakap Dicampur Serbuk Kari Yang Sedap


Bahan-bahan:

1 ekor ikan siakap saiz besar - kerat 3 bahagian
3 sudu makan cili boh - kisar
1 biji bawang besar - kisar
2 ulas bawang putih - kisar
2 inci halia - kisar
2 tangkai serai - ketuk
1 mangkuk kecil air asam jawa
2 sudu makan rempah kari - dibancuh dengan air
Segenggam daun kesum
2 biji tomato - belah 2
Garam dan gula secukupnya

Resepi Siakap Asam Pedas Dengan Rempah Kari

Resepi Siakap Asam Pedas Dengan Rempah Kari

Cara penyediaan asam pedas siakap


1. Tumis kari dan serai hingga naik bau. Kemudian masukkan bahan kisar, kacau rata dan tumis hingga masak @ naik minyak.

2. Masukkan air asam jawa. Tambahkan air sehingga jadi kuah asam pedas yang anda sukai, pekat atau sedikit cair.

3. Masukkan ikan siakap dan kacau sebati.

4. Masukkan daun kesum dan tomato. Perisakan dengan garam dan gula.

5. Bila dah masak, boleh dihidangkan dengan nasi panas.

Resepi Siakap Asam Pedas Dengan Rempah Kari

Selamat mencuba resepi yang di kongsikan di atas. Semoga usaha dan penat kita memasak dihargai oleh orang-orang yang tersayang.
#Penafian:❤:
Gambar, artikel ataupun video yang ada di dalam blog ini ada sesetengahnya yang diambil dari pelbagai sumber media lain. Hak Cipta sepenuhnya dipegang oleh sumber tersebut. Jika timbul masalah mengenai perkara ini, anda boleh menghubungi saya di Contact Me. Artikel dan catatan adalah ulasan serta pendapat peribadi saya berdasarkan persekitaran, pengalaman dan pengetahuan. Kesilapan (jika ada) adalah khilaf saya dan mohon dimaafkan.

Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close