Resepi Daging Dendeng Berlado

Resepi Daging Dendeng Berlado. Resepi berasaskan daging yang mudah juga nak dibuat tapi sedap pula hasilnya. Kosnya agak mahal jugak sebab daging sekilo pun dah mahal tetapi jika nak ubah selera sekali sekala, boleh la cuba buat resepi daging dendeng yang sedap sangat ni.

Tak perlu banyak bahan nak buat daging dendeng berlado sebab daging tu je pun dah sedap, terutama daging lembu segar. Lepas tu, buat jangan kering sangat. Lembap sikit daging dendeng berlado tu lagi sedap..

Resepi Daging Dendeng Berlado

Resepi Daging Dendeng Berlado


Resepi daging dendeng berlado ni saya ambil dari IG dan ada sebahagian caranya saya buat ikut citarasa sendiri. Mungkin ada bahan lain yang korang nak tambah, terpulang. Contohnya nak letak daun limau purut dan sebagainya.

Bahan-bahan:

1 kilo daging  - direbus dan diketuk
10 tangkai lada merah - digoreng sebentar - tumbuk
1 biji bawang merah - digoreng sebentar - tumbuk
2 ulas bawang putih - digoreng sebentar - tumbuk
1 biji bawang merah - hiris 
Sedikit rebusan air daging
Perisa, garam dan gula

Cara-cara penyediaan dendeng daging berlado


1. Panaskan minyak, goreng daging yang telah diketuk tadi hingga masak. Ketepikan.

2. Tumis hirisan bawang merah hingga agak garing, kemudian masukkan bahan tumbuk tadi iaitu lada merah, bawang merah dan bawang putih. Kacau rata dan biar naik bau.

3. Masukkan daging yang telah digoreng tadi serta tambahkan air rebusan daging srcukupnya. 

4. Perisakan dengan garam dan gula secukupnya.

Daging dendeng berlado siap untuk dihidangkan. 

Selamat mencuba.

#Penafian:❤:
Gambar, artikel ataupun video yang ada di dalam blog ini ada sesetengahnya yang diambil dari pelbagai sumber media lain. Hak Cipta sepenuhnya dipegang oleh sumber tersebut. Jika timbul masalah mengenai perkara ini, anda boleh menghubungi saya di Contact Me. Artikel dan catatan adalah ulasan serta pendapat peribadi saya berdasarkan persekitaran, pengalaman dan pengetahuan. Kesilapan (jika ada) adalah khilaf saya dan mohon dimaafkan.

Catat Ulasan

0 Ulasan

close