Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Kek Keju Mentega Prun Yang Gebu Gebas

Resepi Kek Keju Mentega Prun. Kek ni sesuai bagi anda yang gemarkan cheese cake dan butter cake. Kalau korang tak jumpa cari prune tak apa, holeh ganti dengan hirisan lemon @ oren agar bau kek lebih wangi. Tapi sekarang ni mudah je nak cari buah prun, kat AEON pun banyak jual. 

Kalau nak cuba buat kek ni, marilah cuba sama-sama. Hari raya pun elok juga buat kek butter cheese ni. Ramai yang suka.. 

Kek Keju Mentega Prun Yang Gebu Gebas

RESEPI KEK KEJU MENTEGA PRUN


Bahan-bahan:

140g mentega
140g krim keju
230g gula kastor @ 190 gm (kalau tak suka manis)
4 biji kuning telur
160g tepung berserbuk penaik, diayak
1 sudu kecil esen vanila
4 biji putih telur
1/4 sudu kecil garam
100g prun, didadu kecil
Parutan oren @ lemon - bau lebih wangi

Cara Membuat Kek Keju Mentega Prun


1. Pukul mentega dan krim keju sehingga sebati. Masukkan gula, pukul sehingga gebu. Masukkan pula kuning telur sebiji demi sebiji, pukul sehingga rata.
2. Masukkan tepung dan esen vanila, kacau perlahan.
3. Dalam mangkuk bersih, pukul putih telur dan garam, putar sehingga kental.
4. Masukkan 1/3 bahagian ke dalam adunan, kacau dan masukkan 1/3 bahagian lagi dan ulang sehingga habis.
5. Masukkan prun kemudian ratakan adunan ke dalam loyang empat segi tepat berukuran 25cm yang dialas dan dilengser. Bakar pada suhu 180°C selama 50 minit atau sehingga masak.

Resepi daripada FB Puan Norzailina Nordin
*Drpd buku 'Kek & Kek Keju' terbitan Seashore-Popular. Boleh dipesan online di popular.com.my

#Penafian:❤:
Gambar, artikel ataupun video yang ada di dalam blog ini ada sesetengahnya yang diambil dari pelbagai sumber media lain. Hak Cipta sepenuhnya dipegang oleh sumber tersebut. Jika timbul masalah mengenai perkara ini, anda boleh menghubungi saya di Contact Me. Artikel dan catatan adalah ulasan serta pendapat peribadi saya berdasarkan persekitaran, pengalaman dan pengetahuan. Kesilapan (jika ada) adalah khilaf saya dan mohon dimaafkan.

Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close