Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Lauk Simple Siakap Lemak Cili Api Dengan Sambal Kacang Buncis Suhun

Lauk Simple Siakap Lemak Cili Api Dengan Kacang Buncis Suhun. Lauk kegemaran kami adalah menu berasaskan ikan terutamanya ikan siakap. Setiap kali pergi pasar mesti beli 2 ekor ikan siakap. Banyak menu boleh dimasak dengan ikan siakap antaranya asam pedas, lemak cili api, goreng kunyit, sup ikan dan banyak lagi. So, kerja jadi mudah bila dapat beli ikan yang boleh dipelbagaikan menunya, terutama menu lauk pauk kampung la..

Lauk Simple Siakap Lemak Cili Api Dengan Sambal Kacang Buncis Sohon


Untuk resepi ikan siakap masak lemak cili api, anda boleh. klik pada resepinya,, 




Resepi Buncis Masak Sambal Dengan Suhun


Bahan-bahan:

1 bungkus buncis - hiris pendek
2 bungkus kecil suhun - rendam dalam air
2 sudu makan cili boh
1 biji bawang merah - hiris
1 ulas bawang putih - hiris
1 biji telur
Sedikit Gula, jika suka
Perencah Maggi Secukup Rasa, secukupnya
1 sudu makan sos tiram

Cara-caranya:

1. Tumis bawang merah dan bawang putih sampai naik bau

2. Masukkan cili boh dan kacau rata hingga naik minyak.

3. Masukkan kacang buncis dan biarkan seketika hingga masak.

4. Masukkan sedikit air dan kacau seketika. Perisakan dengan Secukup Rasa Maggi, sos tiram dan gula, jika suka

5. Pecahkan telur dan gaulkan.

6. Akhir sekali, masukkan suhon dan gaul rata. Jika terlalu pekat, tambahkan lagi sedikit air.

7. Siap untuk dihidangkan.


Untuk siakap lemak cili api, saya guna bahan simple je sebab ikan siakap tu saya dah goreng awal-awal supaya tak hancur bila di masak berkuah nanti.  



Menu lauk kampung macam ni pun dah membuka selera, makan lebih sepinggan dibuatnya. Walau pun pedas hingga menitik keringat di dahi, tetap nak bertambah juga. Hehe..



Yang selalu suka memuji masakan saya adalah anak bongsu tu. Kut dia manja dengan saya, itu lah sebabnya asyik ringan mulut memuji. Alhamdulillah.. 

Korang cubalah resepi buncis masak sambal sama dengan suhun tu. Sedap tau. Boleh ratah gitu je buat ganti junk food.. Hehe
#Penafian:❤:
Gambar, artikel ataupun video yang ada di dalam blog ini ada sesetengahnya yang diambil dari pelbagai sumber media lain. Hak Cipta sepenuhnya dipegang oleh sumber tersebut. Jika timbul masalah mengenai perkara ini, anda boleh menghubungi saya di Contact Me. Artikel dan catatan adalah ulasan serta pendapat peribadi saya berdasarkan persekitaran, pengalaman dan pengetahuan. Kesilapan (jika ada) adalah khilaf saya dan mohon dimaafkan.

Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close