Belanja Barang Dapur Di Kedai Runcit, Boleh Tahan Mahalnya. Sana sini orang bercerita tentang harga barang dapur yang semakin mahal. Kat office pun kekawan ada cerita, beli baramg basah seminggu pun dah habis RM150. Sekejap je RM tu lesap ke tangan orang lain. Kalau tak beli, nak masak apa di dapur? Betul tak? Itulah dilemanya..
Hari ni pagi tadi saya pun ada berbelanja barang dapur kat kedai runcit dalam taman perumahan je. Tak nak pergi jauh-jauh kononnya.. tetapi...
Habis jugak fulus ku dekat RM230...
Apa yang saya beli??
Awal-awal dah kena paw dengan si bongsu. Air basil seed tu sampai 3 + twister eden punya.. kih kih
Roti segala roti pun dia sapu, Gardenia dan roti butter sugar. Ada juga roti lain yang perisa coklat, pun dia masuk dalam bakul. Hmm..
Saya ambil frozen punya, ada drummet ayamas, tempura Ramly, fries dan karipap frozen. Mahal dah sekarang, satu bungkus berharga RM15.90.
Barang basah = ikan siakap 2 ekor RM31.08. Besar boleh tahan, saya mintak kerat 4 setiap ekor. Anggaran boleh masak 2 kali la.. hehe
Manakala ayam muda seekor, berharga RM18.36. Mintak dia orang kerat 16. Haah.. senang nak masak, nak buat sup pun senang. Tinggal masuk je. Orang kata mak kedekut potong kecil-kecil semua benda. Tak de lah, nak mudahkan urusan.. haha
Ada lagi barang basah dan sayuran yang saya beli, tapi tak sempat kak snap. Anak bongsuku itu dah kemas masuk dalam freeze. Rajin dia.. sebab dah ambik beberapa batang ais krim golongan kayangan.. grrr...
Bayangkan kalau kita tak cukup duit atau pun tak berkemampuan. Macam mana nak buat? Dah la sekarang nak dapat kerja pun susah. Memang pening dibuatnya jika keadaan harga barang semakin naik. Siapa yang salah agaknya?? Kerajaan atau situasi semasa?
Malas pulak nak fikir. Baik fikir nak masak apa tengahari nanti.
Bye!
#Penafian:❤:
Gambar, artikel ataupun video yang ada di dalam blog ini ada sesetengahnya yang diambil dari pelbagai sumber media lain. Hak Cipta sepenuhnya dipegang oleh sumber tersebut. Jika timbul masalah mengenai perkara ini, anda boleh menghubungi saya di Contact Me.
Artikel dan catatan adalah ulasan serta pendapat peribadi saya berdasarkan persekitaran, pengalaman dan pengetahuan. Kesilapan (jika ada) adalah khilaf saya dan mohon dimaafkan.
0 Comments