Nasi Kacang Dhal, Sedapnya Jadi Santapan Menu Lunch. Pertama kali kami merasai nasi kacang dhal dari seorang kawan yang memang pandai memasak. Bila ada menu baru dia akan bagi kami rasa dulu. Oleh kerana dapat makan free, makan pun tak ingat dunia. Bila maaing-masing dah kenyang, baru teringat nak ambil gambar. Tapi nak buat macam mana, benda dah langsai. Dia kata kacang dhal tu rendam dulu. Baru mudah nak memasak kemudian nanti.
Baik lah, Kita google resepinya dan dapat dari Pn Azlita punya. Jom cuba, kalau nak try boleh ikut langkah demi langkah di bawah ini.
NASI KACANG DAL
3 cawan beras basmathi ~ rendam paling kurang 4 jam
4 cawan air
1/2 cawan susu cair
1/2 cawan kacang dal ~ rendam hingga kembang dan rebus hingga empuk
1/2 batang carrot ~ cincang halus
4 cawan air
1/2 cawan susu cair
1/2 cawan kacang dal ~ rendam hingga kembang dan rebus hingga empuk
1/2 batang carrot ~ cincang halus
3 ulas bawang merah ~ hiris
2 ulas bawang putih ~ hiris
1 inc halia ~ hiris
1 batang serai ~ di ketuk
2 helai daun salam / daun pandan
Rempah tumis 4 sekawan
kulit kayu manis
bunga cengkih
bunga lawang
biji pelaga
sedikit minyak jagung
2 sudu makan minyak sapi
2 sudu besar minyak jagung
Garam secukup rasa
1. Panaskan 2 sudu makan minyak sapi dalam periuk nasi
2. Bila dah panas, tumiskan rempah tumis 4 sekawan, serai, daun salam, bahan hiris bawang merah, bawang putih dan halia, tumis sampai naik bau dan harum
3. Kemudian masukkan air secukup untuk tanak nasi
4. Masukkan susu cair, garam secukup rasa, kacang dal dan carot/ lobak merah. Kemudian masukkan beras
2 ulas bawang putih ~ hiris
1 inc halia ~ hiris
1 batang serai ~ di ketuk
2 helai daun salam / daun pandan
Rempah tumis 4 sekawan
kulit kayu manis
bunga cengkih
bunga lawang
biji pelaga
sedikit minyak jagung
2 sudu makan minyak sapi
2 sudu besar minyak jagung
Garam secukup rasa
Cara-cara menyediakan nasi kacang dhal
1. Panaskan 2 sudu makan minyak sapi dalam periuk nasi
2. Bila dah panas, tumiskan rempah tumis 4 sekawan, serai, daun salam, bahan hiris bawang merah, bawang putih dan halia, tumis sampai naik bau dan harum
3. Kemudian masukkan air secukup untuk tanak nasi
4. Masukkan susu cair, garam secukup rasa, kacang dal dan carot/ lobak merah. Kemudian masukkan beras
5. Tanak nasi seperti biasa hingga masak
bila dah masak gemburkan nasi , tutup periuk dan masak semula
6. Siap di hidangkan
bila dah masak gemburkan nasi , tutup periuk dan masak semula
6. Siap di hidangkan
Padanan lauk yang sesuai adalah ayam masak merah atau daging masak hitam, pun sedap. Tapi kalau korang ada lauk yang lebih special seperti kambing masak beriani, pun tak salah. Lagi bertambah makannya.
Selamat mencuba.
#Penafian:❤:
Gambar, artikel ataupun video yang ada di dalam blog ini ada sesetengahnya yang diambil dari pelbagai sumber media lain. Hak Cipta sepenuhnya dipegang oleh sumber tersebut. Jika timbul masalah mengenai perkara ini, anda boleh menghubungi saya di Contact Me.
Artikel dan catatan adalah ulasan serta pendapat peribadi saya berdasarkan persekitaran, pengalaman dan pengetahuan. Kesilapan (jika ada) adalah khilaf saya dan mohon dimaafkan.
0 Comments