Tapi nasi arab kambing tinggal satu set je. Siap offer En suami pada harga rendah iaitu RM20 satu set. Ambik je kan, dah orang offer. Lagi 2 set kami beli Nasi Arab Mandy (ayam).


Nasi arab mandy dengan set lengkap dan siap ada telur rebus sebiji. Kami beli kat bazaar ramadan. Satu bekas berharga RM30, dengan portion ayam yang besar. Memang terasa perapan ayam dia tu. Cuma sos dia tak ada rasa pedas pun, dan tak diberi lada yang biasa kita makan kat tempat lain. Tak ada sebatang lada pun! Patut la masa makan tu terfikir apa yang kurang. Rupanya tak ada perasa pedas! Sebab dah biasa kena pedas tetiba langsung tiada. Haha.. redha je la..

Begitulah memori ramadan kami, menu berbuka hari ke 27 ramadan. Alhamdulillah. Sampai ke sahur kenyangnya.
#Penafian:❤:
Gambar, artikel ataupun video yang ada di dalam blog ini ada sesetengahnya yang diambil dari pelbagai sumber media lain. Hak Cipta sepenuhnya dipegang oleh sumber tersebut. Jika timbul masalah mengenai perkara ini, anda boleh menghubungi saya di Contact Me.
Artikel dan catatan adalah ulasan serta pendapat peribadi saya berdasarkan persekitaran, pengalaman danee pengetahuan. Kesilapan (jika ada) adalah khilaf saya dan mohon dimaafkan.
0 Ulasan