Resepi Cookies Onde-Onde Cornflakes. Peminat ONDE-onde yang kini dalam versi biskut, jom lah kita buat cookies serupa onde-onde. Dah lama saya jumpa cookies ni tapi baru sekarang terfikir nak share resepinya dengan anda semua.
Resepi Cookies Onde-Onde Cornflakes kami kongsikan dari FB Azlina Ina, yang memang tak kedekut dengan ilmu resepinya. Diharap kita boleh belajar buat sendiri jika terasa agak mahal nak membeli yang dah siap punya.. 😂
Cookies Onde-Onde Cornflakes
Bahan-Bahan dan Cara penyediaan:
125gm - guna premium butter
1/2 cawan gula halus, kalau tak suka manis boleh kurangkan sukatan
1 sudu besar emolco pandan coconut
1/2 sudu besar pewarna hijau apple
- satukan kacau sebati
Tambah 3 sudu besar susu tepung
Tambah 1/2 sudu kecil baking powder + 1/2 sudu kecil empleks + 1/2 sudu kecil soda bikarbonat
Gaul sebati.
Kemudian tambah ...
1/2 cawan tepung jagung
1 cawan tepung gandum
3 sudu besar Cornflakes blend halus
1/2 cawan hawaiian coconut
2 sudu besar Emolco gula melaka atau sirap gula melaka
Gaul sampai jadi doh
Bulat-bulatkan dan campak dalam Hawaian Coconut
Golek-golek tekan sikit
Bakar suhu 170 darjah celcius dan masa 20 minit
Siap untuk dihidang ketika hari raya. Selamat mencuba.
#Penafian:❤:
Gambar, artikel ataupun video yang ada di dalam blog ini ada sesetengahnya yang diambil dari pelbagai sumber media lain. Hak Cipta sepenuhnya dipegang oleh sumber tersebut. Jika timbul masalah mengenai perkara ini, anda boleh menghubungi saya di Contact Me.
Artikel dan catatan adalah ulasan serta pendapat peribadi saya berdasarkan persekitaran, pengalaman dan pengetahuan. Kesilapan (jika ada) adalah khilaf saya dan mohon dimaafkan.
0 Comments