Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Resepi Bendi Masak Sos Tiram

Resepi Bendi Masak Sos Tiram. Sebenarnya resepi ni lebih kepada ulam bendi di mana bendi di rebus dulu, barulah dicurah bahan-bahan sos tiram di atasnya. Bagi anda yang biasa masak bendi sos tiram, korang memang awesome dan bijak. Sebab penyediaannya amatlah mudah dan jimat masa.

Resepi Bendi Masak Sos Tiram

Resepi Bendi Masak Sos Tiram

Bahan-bahan;

1 bungkus bendi muda
1 keping asam keping
1 sudu makan sos tiram
1 sudu makan sos cili
1 sudu makan kicap manis
Air secukupnya, ikut kepekatan
2 batang cili padi - hiris halus
2 ulas bawang putih - di goreng garing
Garam secukupnya

Cara penyediaan:

1. Panaskan air bersama 1 keping asam keping. Bila dah mendidih maaukkan bendi. Rebus sekejap kemudian angkat dan toskan.

2. Masukkan sos tiram, sos cili dan kicap manis dalam kuali. Kacau rata. Masukkan sedikit air dan perisakan dengan garam. Jangan lupa masukkan sekali cili padi. Kacau rata dan matikan api.

3. Tuangkan kuah sos campuran tadi atas bendi. 

4. Hiaskan di atasnya dengan bawang putih yang telah digoreng.

Resepi Bendi Masak Sos Tiram

Bendi masak sos tiram telahpun masak dan boleh dihidangkan. Makan dengan nasi panas atau bubur nasi pun boleh.

Kalau nak kuah lebih, bolehlah tambah sukatan yang di berikan di atas.

Selamat mencuba.
#Penafian:❤:
Gambar, artikel ataupun video yang ada di dalam blog ini ada sesetengahnya yang diambil dari pelbagai sumber media lain. Hak Cipta sepenuhnya dipegang oleh sumber tersebut. Jika timbul masalah mengenai perkara ini, anda boleh menghubungi saya di Contact Me. Artikel dan catatan adalah ulasan serta pendapat peribadi saya berdasarkan persekitaran, pengalaman dan pengetahuan. Kesilapan (jika ada) adalah khilaf saya dan mohon dimaafkan.

Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close