

Menu sampingan adalah roti jala. Dah lama nak makan roti jala tetapi nak membuatnya amatlah malas. Sedangkan nak buat roti jala amatlah mudah caranya. Macam buat lempeng je.. cuma acuan beza.


Dah banyak dah menu whistlist kami untuk ramadan tahun ini. Satu persatu kami buat atau beli, mana yang sempat.
Cuma dalam ramadan kali ini, belum lagi terjumpa orang jual nasi kerabu atau nasi dagang set lengkap. Kebanyakan jual menu basic je. Mungkin belum ada rezeki lagi. Kita cuba lain kali, bulan biasa pun ada je orang jual. Cuma kena buat survey dulu gerai atau restoran mana yang sedap set nasi kerabu atau nasi dagangnya.
#Penafian:❤:
Gambar, artikel ataupun video yang ada di dalam blog ini ada sesetengahnya yang diambil dari pelbagai sumber media lain. Hak Cipta sepenuhnya dipegang oleh sumber tersebut. Jika timbul masalah mengenai perkara ini, anda boleh menghubungi saya di Contact Me.
Artikel dan catatan adalah ulasan serta pendapat peribadi saya berdasarkan persekitaran, pengalaman dan pengetahuan. Kesilapan (jika ada) adalah khilaf saya dan mohon dimaafkan.
0 Ulasan