Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Buah Peach Donat Yang Viral Dan Manis Rasanya

Buah Peach Donat Yang Viral Dan Manis Rasanya. Ada yang tak bernasib baik, dapat yang masam. Semasa nak order buah peach donat ni, saya tanya dulu tentang buah tersebut. Kalau masam saya tak mahu beli. Tapi bila ramai yang kata buah peach ni manis, saya pun beli lah..

Macam mana nak beza kan peach donat yang manis atau masam? Cuba bezakan warnanya. Kalau kulitnya warna merah hati atau maroon, itu manis rasanya. Jika kulitnya ada kehijauan, itu masam sikit. Nak kunyah pun ngilu je kat gigi. Hehe.. Lagi satu, buah peach donat yang berwarna merah hati, isinya lebih lembut dan halus. 

Buah Peach Donat Yang Viral Dan Manis Rasanya

Inilah buah peach donat yang viral itu. Saya beli yang warna maroon gitu, memang manis dan halus lembut isinya. Gigit macam tu je pun dah sedap!

Buah Peach Donat Yang Viral Dan Manis Rasanya

Bila tengok gambar peach donat ni, terfikir mana bentuk donatnya. Dua kali pandang.. baru perasan bentuk donat yang tak jadi tu.. Huhu

Oleh kerana sekarang tengah musimnya, maka senang nak beli di mana-mana shopping complex. Tetapi, bila sudah habis musim, korang kena tunggu lebih kurang 4 bulan lagi.. 

Buah Peach Donat Yang Viral Dan Manis Rasanya

Buah Peach Donat Yang Viral Dan Manis Rasanya

Kami beli 2 pek dengan harga RM28 satu pack. Ada juga nampak dijual di maslee tapi warna buahnya hijau kekuningan. Harganya pun jauh lebih murah. Sesiapa yang nak rasa, boleh je beli. Ikut kesesuaian. 

Oh ya, kulit buah peach donat ni ada agak berbulu sikit macam kulit buah kiwi. Jadi korang kena cuci bersih sebelum di makan. Jangan risau, saya makan dengan kulitnya sekali. Kalau nak kupas leceh sikit sebab kulitnya agak nipis dan agak melekat pada isi buah peach.

Semoga bermanfaat. 
#Penafian:❤:
Gambar, artikel ataupun video yang ada di dalam blog ini ada sesetengahnya yang diambil dari pelbagai sumber media lain. Hak Cipta sepenuhnya dipegang oleh sumber tersebut. Jika timbul masalah mengenai perkara ini, anda boleh menghubungi saya di Contact Me. Artikel dan catatan adalah ulasan serta pendapat peribadi saya berdasarkan persekitaran, pengalaman dan pengetahuan. Kesilapan (jika ada) adalah khilaf saya dan mohon dimaafkan.

Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close