Resepi Sambal Telur Rebus Berempah.
Bahan-bahan;
Bahan A
5 biji telur rebus
2 sudu makan cili kering kisar
2 cawan santan
1 batang serai - diketuk
3 helai daun limau purut
2 sudu makan minyak masak
Bahan B
1 labu bawang besar
3 ulas bawang putih
1 genggam ikan bilis
2 sudu teh ketumbar
1 sudu teh jintan putih
1 sudu teh jintan manis

Cara penyediaan
1. Kisar semua bahan B sehingga halus.
2. Panaskan minyak masak, kemudian tumis bahan yang dikisar sehingga wangi dan garing.
3. Masukkan cili kering dan tumis sehingga cili garing
4. Masukkan santan, serai dan daun limau purut.
5. Kelar-kelarkan telur
6. Apabila sudah mendidih, masukkan telur dan perasakan dengan garam
7. Biarkan mendidih dengan api perlahan, kemudian barulah diangkat.
Siap untuk dihidangkan.

Itulah perkongsian lauk berasaskan telur untuk kali ini. Telur rebus sambal berempah. Jika nak kan kelainan dengan lauk telur rebus, anda boleh mencuba resepi di atas.
#Penafian:❤:
Gambar, artikel ataupun video yang ada di dalam blog ini ada sesetengahnya yang diambil dari pelbagai sumber media lain. Hak Cipta sepenuhnya dipegang oleh sumber tersebut. Jika timbul masalah mengenai perkara ini, anda boleh menghubungi saya di Contact Me.
Artikel dan catatan adalah ulasan serta pendapat peribadi saya berdasarkan persekitaran, pengalaman dan pengetahuan. Kesilapan (jika ada) adalah khilaf saya dan mohon dimaafkan.
0 Comments