Koleksi Resepi Mudah

Top Ads

Berbuka Puasa Hari Ke 2 Dari Juadah Di Bazar Ramadan

Berbuka Puasa Hari Ke 2 Dari Juadah Di Bazar Ramadan. Hujan turun dengan lebatnya pada hari Ke 2 Ramadan, begitu juga masa 1st day. Maka masa 1st day kita masak sendiri juadah ramadan. Entah angin apa anak bujang 2 orang ku pada hari Ke 2 Ramadan sanggup pulak meredah hujan cari juadah berbuka. Siap pesan jangan masak apa-apa sebab dia orang dah beli semua!!

Hmm.. tak mengapalah anak-anak, buatlah apa suka, tapi yang modalkan pun emaknya ni. Hehe..

Berbuka Puasa Hari Ke 2 Dari Juadah Di Bazar Ramadan

Berbuka Puasa Hari Ke 2 Dari Juadah Di Bazar Ramadan


Apa menu kita orang berbuka pada hari Ke 2 Ramadan tu ya? Jomlah layan gambar-gambar di bawah.

Berbuka Puasa Hari Ke 2 Dari Juadah Di Bazar Ramadan
 
Gambar atas :

1. Ayam lemak cili api - 4 ketul
2. Paru sambal - 2 senduk
3. Daging masak hitam - 2 ketul
4. Sate ayam + daging - 15 batang
5. Sayur campur - satu senduk

Harganya? Dia orang pun tak ingat. Pakai scan QR je katanya. 😂

Berbuka Puasa Hari Ke 2 Dari Juadah Di Bazar Ramadan

Gambar atas :

1. Kuih bingka ubi - 4 ketul
2. Bingka tepung jagung - 4 ketul
3. Apam coklat - 4 ketul
4. Karipap kentang - 4 ketul
5. Popiah sira sambal - 4 ketul
6. Pau sambal - 4 ketul

Total kos untuk kuih muih = RM12

Berbuka Puasa Hari Ke 2 Dari Juadah Di Bazar Ramadan

Berbuka Puasa Hari Ke 2 Dari Juadah Di Bazar Ramadan

Berbuka Puasa Hari Ke 2 Dari Juadah Di Bazar Ramadan

Manakala, yang lauk pauk dengan roti john, rojak tauhu dan chicken tenders, entah berapa harga. Malas nak kira 😅😅 sebab kita modalkan RM150.00 bakinya cuma RM15 je. Redha je la nak.. 

Balik bazar pura-pura suruh ibunya teka berapa kos keluar, kita pun sebut je RM130++, hampir betul katanya..

Baru dia orang tahu harga makanan sekarang dah tak sama macam dulu.
#Penafian:❤:
Gambar, artikel ataupun video yang ada di dalam blog ini ada sesetengahnya yang diambil dari pelbagai sumber media lain. Hak Cipta sepenuhnya dipegang oleh sumber tersebut. Jika timbul masalah mengenai perkara ini, anda boleh menghubungi saya di Contact Me. Artikel dan catatan adalah ulasan serta pendapat peribadi saya berdasarkan persekitaran, pengalaman dan pengetahuan. Kesilapan (jika ada) adalah khilaf saya dan mohon dimaafkan.

Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close